20 Julai, 2008

Suka Duka Kehidupan.......

cenderahati yang dapat kat rumah baby dalam majlis bercukur jambul. cute kan?
bunga pahar tu bukan diikat dengan telur tapi dengan 'laddu'


JUMAAT..
baru je start nak ym dengan sorang teman (namanya dirahsiakan) tiba-tiba en. shah (hubby liza) muncul depan pintu. aik..awalnya balik. baru pukul 5.00 pm.
en.shah : yang, siapkan budak-budak..kita gi spital. nenek (belah bapa) masuk spital, kene denggi.
liza : bila nenek masuk spital?
en.shah : semalam.
tanpa membuang masa liza pun siapkan anak-anak dan kami pun bertolak ke johore specialist (jln. Abdul Samad). sampai je kat sana nenek ditemani oleh bibiknya dan seorang pakcik en.shah.
menurut doktor demam nenek dah tak kuat macam semalam. cuma bintik2 merah di badan dan buku lalinya bengkak masih kelihatan. Nenek mengadu juga sakit sendi2. makin lama makin remai tetamu yang datang melawat nenek. semuanya saudara mara en.shah. biasalah, bila dah kumpul ramai-ramai tu, macam-macam cerita keluar. termasuklah khabar gembira dua orang sepupu en.shah dah selamat melahirkan bayi sulung. salah seorangnya akan mengadakan majlis bercukur esok di Pasir Gudang. bila tengok saudara mara makin ramai kami pun meminta diri. keluar je dari hospital...
liza : bang, jom makan kat anjung warisan (dekat je ngan hospital)
en.shah : tak sempat ni..nak beli present untuk baby kat UO angsana, nanti tutup kalau lambat.
kita makan kat angsana jelah.
liza : ha'ahlah..sori lupa pulak esok nak gi nengok baby.
sampai kat angsana terus pilih barang baby. insyirah dengan mamat bukan main excited macam beli barang untuk baby dia pulak. nasib baik beli dua. kalau tak mesti berebut-rebut nak bawa.
sebelum balik singgah kat food court plaza angsana. teringin pulak nak makan nasi ayam sambal.
walaupun mee rebus hj. wahid depan mata, terus terang cakap, liza memang tak berapa minat makan mee rebus. kepada peminat-peminat mee rebus hj. wahid, jangan berasa hati. ngeh..ngeh..ngeh...humang aih!!!! dulu harga nasi ayam biasa rm3.00 sekarang dah rm4.00?
nasi ayam sambal(yummy yummy) dulu rm3.50 sekarang dah rm4.50. fuh...kuantiti nasi dia? huh jangan cakaplah....rasa macam tak cukup jer makan sorang. tapi dah teringin, beli jelah.
balik rumah..penat nak online..terus tido.

SABTU....pagi 'ibu mertuaku' talipon.
'ibu mertuaku' : hello, liza...hari ni mak malas nak drive. Kalau nak pergi majlis bercukur tu mintak shah datang amik mak dulu ye..
Liza : mak katner ni?
'ibu mertuaku' : Kat St. View.....(umah mak dia)
liza : Ha yelah, nanti liza bagitau shah.

Dalam pukul 3.00 pm tu kami sekeluarga pun bertolak ke rumah nenek en. shah.
sampai je kat sana kami jumpa nenek dulu. kasihan nenek...kalau tak silap liza dari liza belum berkahwin dengan en. shah lagi nenek dah terbaring kat katil akibat sakit tua. lama jugak kami kat umah nenek. bagi peluang kat en.shah melepaskan rindu dendam kat nenek dia. Anak-anak liza lak kalau kat umah oyang dia bukannya reti dok diam2. penat gak bibik nenek nak kejar. sempatlah bebudak ni berposing sakan kat umah oyang dia. Kat umah ni plak bukannya ada mainan. al-maklumlah..takde budak kecik kat sini...




Danish sedang merenung keindahan Pantai Lido nun seberang jalan. cam paham jek....


insyirah berposing sakan di rumah oyangnya....



Dalam pukul 4.30 sampailah kami ke Pasir Gudang. Rumah makcik en.shah. Majlis bercukur belum mula lagi. Tak lama lepas kami tiba, kumpulan marhaban wanita pun tiba dan acara dimulakan. bayi yang nak dicukur tu bayi perempuan, Kalau tak silap nama dia 'nur dayana Farihah'. lebih kurang camtulah nama dia. masa selawat Nabi tu, baby tu pun dibawa ke sorang demi seorang ahli marhaban untuk dicukur jambulnya. tiba-tiba...erk....liza pun kena ker? aiseh...nasib baiklah ni kali kedua liza mencukur jambul baby. Dulu masa adam harith pun liza merasa gak. tapi entah kenapa menggigil gak tangan ni masa nak menggunting jambul tu. ngeri jer..bimbang baby tu pusingkan kepala ke kiri kanan. alhamdulillah...takde pape pun yang berlaku. sekadar rasa bimbang yang tak berasas.

Lepas maghrib kami bertolak pula ke Bandar seri Alam, Masai untuk berkunjung ke rumah seorang lagi sepupu en.shah yang baru melahirkan seorang bayi lelaki. nama baby tu 'Muhammad Farez Wahfi'. besonya keluar. 3.6 kg... melalui kaedah caesarean. mmm....alhamdulillah liza tiga-tiga normal. Balik dari seri alam, hantar 'ibu mertuaku' kat rumah nenek sebab dia tinggalkan kereta kat situ terus kami balik. sampai rumah dalam pukul 9.00 malam. malam ni semua kepenatan dan tidur awal.

9 ulasan:

Amiene Rev berkata...

Hayakallah Shahliza,

Pertama kali gue datang ke blog lho, sudah liat itu hadiah pink. Cantik.

shahliza94 berkata...

terima kasih atas kehadiran kamu...sila berkunjung lagi ya...

nu3k berkata...

wow..lawanyer rumahhhh~!!nak gi:D

shahliza94 berkata...

jomlah...ni rumah nenek en.shah. raye ni dtglah...biasanya pagi raya dah kumpul kat sana...

husz_nie berkata...

ari tu dah ucap smoga cepat sembuh.. ari ni ucap lg.. ekekeke...

melentok2 insyirah posing.. leh kawan ngn aliah

shahliza94 berkata...

minah lentok tu tempe..tima kasih. lama x sembang kan?

husz_nie berkata...

hehe.. haah.. lama tak sembang.. hai.. nak wat camne.. tunggu la thn depan.. byk utang dah setel.. nak pasang streamyx.. atau pakai maxis mobile broadband

husz_nie berkata...

UMi tempe, kalau kat kg, diala tukang cukur kepala baby... tgk umi buat keje kemas je.. dibedungnya dulu baby tu...

kalau anak dia ni yg buat.. hahaha.. pi spital kang baby tu

shahliza94 berkata...

huh...anak dia mmg ganazzz.....ekekeke

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin