10 Ogos, 2008

Na..Na..Na...Terengganu Kite......(Part 1)

ni masa celebrate b'day liza kat umah dak2 pompuan tu. kat manalah...diorang skarang ni.


ni masa malam MAPRA BACC Part4. gambo tak bape clear sebab dah lama...

:puteh_2:
mmm...dah lama sebenarnya berangan-angan, termimpi-mimpi dan mengidam nak datang semula ke negeri pantai timur tu..memang dah lama tak jejakkan kaki ke t'ganu. kalau tak silap kali terakhir jejakkan kaki ke situ pada tahun 2000. Itupun pi amik barang-barang en.shah lepas dia grade. ni kebetulan pulak dapat kad undangan perkahwinan salah sorang ex-housemate en.shah. majlis tu pada 08.08.08 belah pompuan dan 09.08.08 belah lelaki. dahlah si pengantin talipon en.shah bagitau. dia hantar kad lagi. bukak emel pulak, eh..ada gak kad kawen online dia bagi. adeh...rasa cam tak patutlah pulak kalau tak pi.
:puteh_12:
en.shah: yang, nak pegi ke tak?
liza: gi ganu ker? jomlah...dah lama nak pegi ganu. boleh singgah kuantan. (liza..kalau bab berjalan..huh...boley saja...)
en.shah: mm....ha'ah. lama gak tak singgah kuantan.
liza: yeehaaa...yabedabeduuuu...(hanya jeritan di dalam hati. ahaxs...)
en.shah: tapi maybe kita dapat datang majlis belah lelaki jer. kita bertolak jumaat malam...
liza : bolehlah..mana-manapun tak kisah...(dlm hati..janji dapat pegi..)
en.shah pun talipon ex-housemate dia lagi sorang yaitu en.syam yang duduk di kuantan. ntah apa yang dia janji ngan en.syam, liza x amik tahu..dengar suara ketawa mengekek je...yang pasti..nanana...t'ganu kite....
nantikan kedatangan kami......

:puteh_10:
mesti korang tertanya-tanyakan kenapa liza xcited sangat nak pi ganu. padahal yang belajar selama 7 tahun kat sana tu en.shah, bukannya liza. jeng..jeng..jeng.. ni nak citer sikit,
al-kisah....liza kenal ngan en.shah dari sebelum dia masuk uitm lagi. pastu tup..tup..dia dapat panggilan ke dungun. sedihnya hati nak berpisah masa tu, tapi apakan daya..demi masa depan dia, liza relakan jua...chewah...
walaupun kami jauh, tapi panggilan talipon dan surat mendekatkan kami. (zaman liza muda-muda dulu sms lom popular lagi.) bayangkan.. surat yang en.shah dapat dari liza seminggu adalah dalam 3-4 pucuk. surat-surat tu pulak sampai kat asrama pompuan dulu..pastu diorang paslah kat asrama dak lelaki plak. bebudak pompuan ni pun naik heran. apsallah mamat sorang ni dapat banyak sangat surat? sapa mamat ni? glemer sangat ke dia sampai ramai peminat? hehehe...padahal peminat dia sorang je...
bila siasat punya siasat punya siasat...bape banyak siasat daa...
bebudak pompuan ni pun dah taulah sapa mamat tu..dan sapa si pengirim surat...
ooo...surat cinta rupanye..sampaikan ada dak pompuan yang nak sangat jumpa ngan liza dan nak tanya apa yang buat liza terpikat sangat ngan en.shah. padahal taklah hensem mana pun..(ni diorg tanya liza life masa jumpa) liza jawab jelah dengan senyum yang tersipu-sipu. takpelah...janji dia hensem di mata saya...hehehehe...(en.shah tak tau pun liza jawab gini, bila dia tanya jawapan liza, liza jawab adalah...rahsia)

:puteh_22:
masa diploma liza tak berkesempatan melawat en.shah kat sana sebab dia terikat ngan peraturan asrama. tapi bila sambung degree dia menyewa dengan kawan-kawan barulah liza berkesempatan melawat dia. yang bestnye..liza lepak kat umah dak pompuan yang nak tau sangat pasal kami tu....best..adalah dalam 6 org serumah..semuanya peramah-peramah.
tak dapat nak pastekan gambo dak2 ni..nantilah liza selongkar laci. al-maklumlah...
lagi satu kalau group/kelas en.shah wat aktiviti luar, kalau liza free liza akan turut serta. cewah...
cam nyibuk jer...tapi masa tulah kesempatan liza melawat ganu. huh..ganu cantik..lebih2 lagi pantai dia. sebab tu liza kenal hampir semua kawan2 en.shah. bestfriend dia jadik bestfriend liza gak.

:puteh_19:
ok, sambung citer, kawan en.shah yang nak kawen ni nama dia 'A'. orangnya yang liza kenal dulu..pemalu abih..ngan pompuan pun tak boleh pandang. malu punya pasal. tapi dengan liza dia boleh bual sebab liza awek en.shah. itupun sepatah ditanya sepatah dijawab. masa dapat tau dia nak kawen en.shah siap tanya. agaknya mesti wife dia yang tekel dia dulu. kalau nak harap si 'A' ni, memang tak jadiklah..mungkin ayat nilah yang buat dia ketawa terkekek-kekek masa berbual ngan en.syam kat talipon..tapi, alhamdulillah terbukak juga pintu hati dia nak berumahtangga. kawan-kawan lain semua dah beranak pinak. en.shah je dah 3. ahaks.. en.syam lak dah 2.

:puteh_23:
alamak...mukaddimah je dah cenggini punya panjang. lom lagi masa kitorang kat ganu ngan kuantan lagi. lom lagi citer pasal hotel-hotel kat ganu yang bertampal tag "full house". lom masuk kat umah pengantin lagi, lebih kurang cam reunionlah ari tu...nanti sambunglah yer...liza paste gambar skali. ngantuk + penat giler walaupun en.shah sorang yang drive...nanti liza sambung part 2 dari hari bertolak...

3 ulasan:

fendi1183 berkata...

emm.yelah kan..member last sekali kahwin..cam adik bongsu ler nak kahwin..sure pkat2 trun abih..mau plak kena tarikh yg bersesuai...semua boleh hadir..sure meriah giler..

husz_nie berkata...

Ingatkan akak jawab kat dak2 tu..
sebab minat salman khan.. ekekeke.. :p

shahliza94 berkata...

to fendi: ha'ahlah fendi, meriah sebab leh jumpa member2 lama. sumernya dah beranak pinak. pasni x taulah bila leh jumpa lagi..

to tempe: yang tu akak sorang je tau..mana leh kongsi2..silap2 diorg cakap pasan lak...ekekeke

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin