25 Ogos, 2008

Tag Dari Ena....

Tak ingat plak ni kali ke bape liza ditag. yelah...bila SM dah tag, kenelah buat gak. ekekeke

The rules:
1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog. I have to write about my self? Do I have to be honest? or just write in by using a mask at my face.


####################################################################

7 Fakta Tentang Liza :
:kiss:
1. Suka berkawan dan suka menambah kenalan tak kira umur dan jantina. biasalah bila dah tak bekerja ni, rasa bosan lak kalau takde kawan. cam terpisah dari dunia luar. tapi nasib baik ada tenet. liza suka pada mereka-mereka yang ikhlas bersahabat dengan liza. tapikan...pelik sikit. liza lebih suka beremel dan bersms dari jumpa. kenapalah ekk...orang kalau berkawan suka keluar sesamer...borak2 kalau jumpa. liza pulak tak berapa gemar keluar dengan kawan sejak memegang tittle 'isteri' ni. lagi satu kalau ada kawan yang menikam dari belakang, liza akan ingat sampai bila-bila. yelah...siapa yang suka diri dikhianati? chewwah...

:flower:
2. Liza suka sangat pegi jalan-jalan tapi ngan familylah... kalau ngan kawan2, jarang sangat... masa zaman muda-muda dulu tak kisah jer... kalau en.shah bagitau je ari ni nak pi mana..? laju je liza menjawab. yelah bosan gak kan kalau asyik dok umah je. bukan tak boleh pegi sendiri, tapi tak bestlah kalau jalan bawak anak2 tapi ayah dia tak ikut. sapa nak handle hero 2 orang ni? tak sanggup 'akaak'....tapi kalau lama sangat jalan kat satu tempat je, liza cepat bosan. asyik pusing kat situ jer, kalau dapat ari tu nak jalan kat 3-4 buah mall baru puas. dapat naik 'ganu' ari tuh..perggh...puas betul......

:wink:
3. tak suka membebel. biasanya cakap yang 'point' je. rasa macam dah penat nak bebel. dulu 10 tahun dok bebel kat dalam kelas. skarang ni dah tak kuasa nak bebel even pada anak2 sekalipun.
en.shah bangga dapat wife yang tak suka bebel. lapang sikit pala otak dia bila balik keje. ekekeke...tapi kalau liza tak puas hati tentang sesuatu perkara liza akan menyindir dalam gurauan.

:laugh:
4. tergolong dalam kategori 'romantik'. jiwang karatlah senang cakap. dulu tak perasan pun liza ni jiwang. tapi bila kawan2 dok kata 'kau ni jiwang karatlah...minah bungalah...minah jiwanglah... dan yang sewaktu dengannya' barulah tau. jiwang...rupanya liza ni. muahahaha...... ini disahkan sendiri oleh en.shah masa zaman kami muda-muda dulu. kalau ada yang cakap liza jiwang pun, liza tak kecik ati punya....

:cry:
5. gembeng....! yeker??? mudah mengeluarkan airmata terutama sekali bila dengar lagu cintan yang 'tangkap lentok' cam lagu kump. lestari dulu2...dan bila tonton drama/filem yang ada babak sedih. mudah tersentuh hati. lebih2 lagi citer hindustan. adeh...tak tahan...isk..isk..isk... nehi..nehi..kabhi nehi....!

:look:
6. panikkkk??? ye...liza jenis yang cepat panik. en.shah selalu tegur liza tentang sikap yang ni.
dia kata panik takkan dapat menyelesaikan sesuatu masalah. memanglah buruk sikap yang ni, tapi susah nak ubah. kelam kabut pun ye jugaklah kot....tapi pelik. kalau en.shah takde liza boleh jadi seorang yang kool...contohnya kalau drive. kalau en.shah ada kat sebelah mulalah 'eh! eh!' tapi kalau drive sengsorang...rileks jer...nak idop...hehehe....

:pompom:
7. last but not least.... apa lagi ekk..... liza sukakan ketenangan. kalau dapat bercuti kat tempat2 yang jauh dari kesibukan kota , lama pun liza sanggup. suka duduk mengadap pantai, tasik, sungai. lebih2 lagi kalau dapat tengok matahari terbenam. fuh... rasa cam best giler... kat ganu ari tu dapatlah nengok kejap. tapi disebabkan terlampau teruja sampai terlupa nak snap gambar.
rugi plak rasanya....mmm...asyik sebut ganu jer, ekekeke.... agaknya dah rimas ngan kesibukan bandar jb ni. memang betul pun. liza takde kampung, en.shah pun takde kampung. so, bila dapat naik ganu pastu masuk kampung. bestnya...udara kat kampung, nyaman dan bau pun segar...

hai...xde ke kampung yang nak jadi kampung angkat kami ekk....

:sleepy:
fuh...siap pun. mata pun dah ngantuk dah ni...
disebabkan mengantuk yang amat sangat, liza belum terfikir nak tag sapa. nantilah update...

8 ulasan:

husz_nie berkata...

nanti mari kg tempe... kite berkubang dlm sawah padi lak..

shahliza94 berkata...

huh..xmo...geli pacat ngan lintah...eeiii...tempat yang xde binatang merayap2 ada x?

HanG LeKiR berkata...

sempoi tapi menarik blog ini.. btw lame dah jd blogger ke? bg la hint-hint and tips-tips utk berjaye dalam dunia blogger ni....

shahliza94 berkata...

to hang lekir: ni tun teja nak bagitau, jadi blogger tu xlah lama sangat. belum setahun pun lagi. blog ni plak x lebih dari luahan perasaan dan tempat mengeratkan silaturrahim.
hint n tips untuk berjaya dlm dunia blogger? x taulah pulak...

husz_nie berkata...

tanya kg yg nak jadi kg angkat...
offer kg kite tak mau... eksen... memilih... huhuhuhuhu... :p

shahliza94 berkata...

sapa kata tak mau....lom cakap lagi. tapi jangan bawak akak pegi tempat pacat n lintah dahlah..boleh kene histeria tau...

ena berkata...

maceh akak liza..hehe..tak suka bebel eh..leh kawan ngan ena..saya pon pening ngan org yg suka bebel2 nih mcm sowang member kat opis tu..haha

shahliza94 berkata...

kalau ngan orang kuat bebel, akak diam jer. malas nak layan..biar dia penat bebel sengsorang...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin