22 September, 2008

Pergimu Meninggalkan Kenangan...

Innalillahi wainna ilaihi rojiuuun...... dan Al-Fatihah buat Allahyarhamah nenek Mak Datin yang telah kembali ke Rahmatullah Pada hari ini di Johor Specialist Jalan Abdul Samad.... Al-Fatihah.......


Allahyarhamah adalah nenek sebelah mak en.shah. seingat liza sebelum kami berkahwin lagi nenek dah terbaring akibat sakit tua. malah selepas persandingan kami pada tahun 2002, kami terus bertolak ke st.view untuk berjumpa nenek kerana nenek tidak dapat hadir ke majlis pernikahan kami. nenek nak sangat melihat kami bersanding tapi apakan daya. nak taknak, kami pergi berjumpa nenek dengan pakaian pengantin. alhamdulillah, sempat jugak nenek melihat cicit-cicitnya di depan mata...
semoga roh allahyarhamah nenek ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amiinnn... Ya Robb.....

3 ulasan:

SaDi berkata...

takziah... al fatihah...

husz_nie berkata...

takziah... & al-fatihah

shahliza94 berkata...

to sadi n tempe: tima kasih atas ucapan kalian...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin