20 September, 2008

Tragedi Di Bulan Ramadhan...







:phonecry:
sedang kami sekeluarga menikmati hidangan berbuka puasa, tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu panggilan talipon dari tempat kerja adik liza. pangggilan tersebut datangnya dari rakan sekerja dia yang memaklumkan kepada kami adik liza kemalangan dan kini dia berada di hospital. apa lagi..kelam kabut dibuatnya.... mak liza jangan cakaplah.. tumpah jugak airmata dia. yelah...seorang ibu bila anaknya ditimpa musibah.
ini adalah ujian kedua buat kami sekeluarga dalam tahun 2008 ini..
mak liza mintak tolong liza bawa dia ke hospital, tapi liza mintak maaf banyak2 sebab liza tak boleh memandu dalam keadaan kelam kabut dan fikiran yang bercelaru..huh..kelam kabut sungguh... akhirnya liza mintak en.shah yang drive.

mula-mula kami amik ayah dulu kat masjid. lepas tu terus bertolak ke hospital sultanah aminah.
sampai di sana kami ditegur oleh seseorang. ternyata dia rakan sekerja adik liza. mereka datang dalam 6 orang semuanya termasuk sepasang suami isteri yang berhati mulia yang telah menghantar adik liza ke hospital. menurut cerita mereka, adik liza keluar untuk beli juadah berbuka. motornya dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu laju. adik liza diseret beberapa meter dari tempat kejadian. kakinya mungkin patah dan tapak kakinya mungkin hancur.
itu andaian mereka bila melihat keadaan adik liza masa tu.. kami semua berdoa mudah2an janganlah seteruk itu.

lama juga kami di luar menunggu doktor menjalankan pemeriksaan, x-ray dan macam-macam lagi. rakan sekerja yang selebihnya masih berada di tempat kejadian untuk memberi gambaran kepada pihak polis tentang kejadian sebenar dan melakukan apa yang sepatutnya. mujurlah kejadian tersebut dekat dengan tempat kerja adik liza dan ramai rakan sekerja yang membantu. kalau di tempat yang tiada orang kenal, mesti wallet dan handphone adik liza lesap entah ke mana. masa dalam perjalanan ke hospital, sempat adik liza bagi nombor talipon rumah mak. mujur dia tak pengsan walaupun darah banyak yang keluar.

menurut suami isteri yang berhati mulia itu, adik liza memang selalu beli air di gerai mereka. masa orang ramai berkumpul, diorang pun pergi tengok apa yang berlaku. kebetulan mereka nak tutup gerai jadi mereka pun bawa adik liza ke hospital. masa diorang angkat , adik liza menjerit kuat sebab kaki dia sakit dan terkulai. alhamdulillah masa kami sampai segala urusan pendaftaran dan lain-lain telah diuruskan oleh rakan sekerja adik liza. tak lama kemudian, adik liza dan familynya pun sampai (mama, papa n adam harith). begitu juga dengan pihak pengurusan tempat kerja adik liza. HR, admin adalah dlm 3 orang datang untuk melihat keadaan adik liza.

kami dapatlah masuk sekejap ke ward kecemasan sebelum di bawa ke ward biasa. masa tu kakinya belum di'dressing' (betul ker sebutan?) memang teruk. seluarnya koyak teruk ke paras lutut. kaki dia bengkak teruk. menurut laporan x-ray, tulang buku lalinya patah dan terpaksa dimasukkan besi. dua tulang kecil (jari-jemari kaki) di tapak kakinya turut patah dan terpaksa di simen. alhamdulillah taklah seteruk yang dibayangkan..

dalam pukul 12.00 am, kami pun nak balik lepas melawat dia di ward biasa. tapi kami terpaksa tinggalkan mak untuk jaga dia malam tu. balik nak siap-siapkan barang-barang keperluan pesakit sebab pagi nak hantar. nampaknya raya tahun ni, dia di rumah sajalah...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin