04 Oktober, 2008

Happy 6th Anniversary......







selamat hari ulang tahun perkahwinan yang ke 6 tahun buat suami tersayang.... semoga mahligai yang kita bina akan sentiasa dikelilingi kebahagiaan dengan kehadiran putera-puteri kesayangan kita berdua... amiin.....


di atas memenuhi permintaan seorang teman yang nak tahu macamana
liza boleh berkenalan dengan en.shah, liza rasa dah tiba masanya untuk liza bercerita. hehehehe...tingat pulok zaman muda-muda dulu.
sebenarnya liza kenal dengan en.shah di sebuah sekolah agama di jb.
masa tu kami sama-sama belajar 'darjah khas' di sekolah tersebut.
orang kata kalau kenal kat tempat2 ilmu ni berkat. mudah2an...
en.shah tak belajar sama kelas dengan liza, tapi dia dikelas sebelah. kelas budak lelaki. kelas liza semua budak perempuan. kebetulan jawatan kami sama yaitu ketua kelas memasing. hehehe....
pernahlah satu hari tu, cikgu dia tak datang kerana berkursus, so murid2 kelas dia kena combine ngan kelas liza. dia duduk betul2 sebelah liza. tapi kami dipisahkan oleh lorong meja. (boleh bayangkan x susunan meja dalam kelas?)
liza dok perati en.shah dengan rasa meluat. sebab dia gi sekolah tak pakai setokin. liza tak suka kalau gi sekolah tak pakai setokin. spesies yang cenggitu pun liza nyampah. lepas tu dia datang sekolah lewat 15 minit. huh takde disiplin punya budak... itu dah 2 hal yang liza tak suka.. lagi satu
orang rehat setengah jam jek, dia sampai 45 minit. bukan dia sorang, kuncu-kuncu dia pun...adalah dalam 10 orang pengikut...
bila ustaz nampak diorang lambat masuk, ustaz baru nak buka mulut marah,
terus tak jadi sebab...dia terus capai dan cium tangan ustaz tu. kuncu-kuncu dia pun ikut apa yang dia buat. terus sejuk hati ustaz tu...
masa kursus 'BTN' di kem tiram indah, kebetulan lagi, en.shah dilantik
menjadi 'penghulu' dan liza sebagai 'penghuluwati' (betul ker?) lupa ah gelaran untuk penghulu wanita. bayangkan adalah dalam 5 buah sekolah. nak handle bebudak punyalah susah. kenalah gak combine ngan 'sidia' tu...

secara tak langsung kami jadi rapat disitu. en.shah pulak siap bagitau kuncu2 dia, siapa yang dapat bagi maklumat pasal liza makan waktu rehat dia sponsor. fuh..rasuah...
adalah kalangan kuncu2 dia tu dok satu taman ngan liza.
semua yang diorang laporkan menurut en.shah baik-baik belaka tentang liza. hehehe....

masa last day exam akhir tahun, en.shah terus luahkan perasaan dia kat liza.
exam darjah khas ni cam 'spm'. abis exam terus tak jumpa lagi. so, kalau en.shah tak luahkan perasaan dia ari tu, kami mungkin tiada jodoh.

gedebak gedebuk gitu gini...adalah dalam 9 tahun kenal dan barulah
kami berpeluang menikah. hehehe...
kenapa lama sangat??? sebab..liza kena tunggu en.shah abis belajar dulu.
setelah mengharungi lautan api, hutan belantara, keluar masuk mulut naga barulah kami disatukan. orang kata jodoh tu kuat...
halangan tembok batu satu persatu kami pecahkan...
sebab liza ngan en.shah berlainan...apa ek? bangsa ke? ntahlah..
yang pasti liza bukan anak mami. liza anak melayu dan itulah punca halangan utama kami....
jodoh untuk dia dah ditetapkan. tapi Allah memakbulkan doa kami.
Alhamdulillah.......

3 ulasan:

husz_nie berkata...

hahahaha... dari mula menyampah tu... betullah kata org tua2.. jgn dok nyampah2.. nanti kawen ngn org tu.. ekekeke..

thanx akak

shahliza94 berkata...

tulah pasal...ok xde utang dah ngan tempe...

husz_nie berkata...

jgn menyampah sgt.. nanti kawen ngn org tu.. erm...

nak nyampah kat fahrin ahmad la.. hahahaha

ade... sape kate takde utang dah... aritu akak utang RM5000.. :siol:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin