02 Mac, 2009

Di Mana Danish??????????


mmmm..mesti ramai yang rasa pelikkan, macamana liza boleh incharge itu ini
di majlis tersebut. padahal selama ini liza tak pernah berpeluang
menyumbang tenaga ataupun turut serta dalam mana-mana
aktiviti disebabkan DANISH!

Tapi...DI MANAKAH DANISH???????

begini ceritanya..., pada hari jumaat. liza dan family nak bertolak
ke rumah ibu mertuaku. setelah berbincang dan kami mengambil keputusan
untuk meninggalkan beliau di bawah jagaan mak liza.
DANISH KENE TINGGAL?????begitulah kira-kiranya.....
setelah kami 4 beranak bersiap sedia untuk keluar rumah, kami sepakat
untuk keluar secara berperingkat...supaya danish tak perasan.
mula2 liza keluar dulu..lepas tu insyirah dan mamat..
akhir sekali en.shah....danish tak nangis. tapi kalau nampak kami keluar
serentak dan dia tak ikut baru dia menangis... kesian hero bongsuku...

sampai di rumah ibu mertuaku dapatlah liza buat apa yang patut. masa tengah
hiris bunga rampai, mak liza call. dia cakap danish pusing satu rumah cari liza n nangis
sekejap. agaknya dia pelik kenapa rumah dia sunyi. kakak ngan abang
dia pun takde. pastu mak liza bagitau dia dah ok..kejap jek..nak seswaikan
diri....

lebih kurang pukul 9 pm, liza dan en.shah balik untuk ambil danish. rasa
janggal pulak kalau tido tanpa danish. sampai jek kat umah ibu mertuaku
danish mula meronta-ronta dan nak keluar. liza tepuk2 suruh tidur pun dia
taknak. dia baring jek atas riba liza taknak turun. adeh....
pastu dalam pukul 12 tengahmalam, pengantin ajak en.shah teman
dia keluar sebab ada keje yg perlu diselesaikan. en. shah pun ajak liza n
danish supaya danish tertido dalam kereta. susah betul nak tido kat umah orang.
masa dalam kereta memang danish tertido. dapatlah liza angkat dia ke tilam.
asyik beriba jer, siapa tahan.

lepas subuh, liza pi lah jenguk dapur sajer2 jer menyibuk temankan bibik kakak ipar liza.
hehehe...tetiba je terdengar jeritan yang kuat memecah keheningan pagi.
Ya Allah, Danish!!!! dia menangis sambil mencari liza di dapur.
tanpa membuang masa, ala-ala pesilat kebangsaan,liza membuka langkah
mencapai kunci kereta dan beg botol susu terus bawak danish masuk
ke kereta. danish kene hantar balik umah.....nasib baik rumah ibu mertuaku
dengan umah liza tak berapa jauh. dalam 20 minit jek.

nasib baik mak liza datang majlis malam. dapatlah liza buat apa2 yang patut siang ari tu...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin