30 April, 2009

Bye..Bye...semua.....


sekadar gambar hiasan....

Malam ni liza n family akan bertolak ke KL sempena majlis pernikahan sepupu en.shah yang akan berlangsung esok dan persandingannya lusa. awal-awal lagi kakak ipar liza call bagitau jangan lupa bawak baju flower girl insyirah masa paksunya kahwin tempohari sebab makcik en.shah mahukan insyirah dan sepupu-sepupunya jadi flower girl pada hari tu. wah! jadi flower girl family dah budak2 nih.. lepas ni bolehlah liza jadi manager diorang..sapa-sapa nak booking boleh berurusan dengan liza..hahaha.....biasanya kalau sampai sana, mesti lepak kat rumah kakak en.shah. dan lepas tu boleh singgah rumah adik en.shah pula..almaklumlah...kat JB ni en.shah n family je yang ada..manakala adik beradiknya yang lain dah bermastautin di sana......


nanti balik liza update n tepek gambar...oklah semua...liza nak packing mana-mana yang patut...kalau buat last minit ada pulak yang tertinggal. list dah ada...tapi pernah terjadi, yang dah masuk dalam list pun boleh tertinggal juga..hanginlah en.shah...sapa nak jawab tuh?? hehehehe...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin