16 April, 2009

Kesibukan Bermula......


Tadika insyirah baru je selesai mengadakan sukan di Starhill golf & Resort (kot nama penuh dia. liza biasa sebut starhill jek).hehehe... dan inilah dia medal yang berjaya diperolehi. ish..boleh tahan gak. 3 emas, 1 perak dan 2 gangsa. takpelah...saja suka2.. dia pun kemain excited n seronok jek bersukan. tapi liza tak dapat tengok dia sebab en.shah tak dapat cuti. takde saper nak handle si danish yang aktif tu... mujur insyirah faham...dia tak merajuk pun...walaupun ada kalangan kawan2 dia yang bawak family sama.

sukan dah selesai, tinggal waktu peperiksaan jek yang akan menjelang tak lama lagi. buat masa ni liza jarang online dan update blog disebabkan ingin memberi tumpuan terhadap pelajaran insyirah. masih terngiang2 janji insyirah setiapkali menjelang peperiksaan...
"kakak nak buat ayah dan umi bangga dengan kakak."
itulah janji yang sering insyirah lafazkan pada liza dan en.shah...
setakat ini, alhamdulillah...kami amat berbangga dan bersyukur di atas kurniaan Ilahi.
insyirah tak menghampakan kami.
biarpun umurnya baru 6 tahun, tapi insyirah lebih matang dari usianya.
mungkin disebabkan dia anak sulung.
semoga dia akan menjadi contoh terbaik buat adik-adiknya...
amiinnn....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin