15 Mei, 2009

Buatmu Yang Bergelar Guru.....






Selamat Hari Guru 16 Mei........

GURU MALAYSIA

Kami guru malaysia
berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


GURUKU

(Kumpulan Inteam)

Wahai guruku yang dikasihi
Engkaulah pelita diri ini
Menerangi hati Nurani
Moga dirimu dirahmati

Ya Allah peliharalah guruku
Agar dipimpin terus hambaMu
Agar terhindar dari neraka
Moga dibukakan pintu syurga

Tak terbalas jasamu berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa jadi insan berguna
Keikhlasan di hati hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan ilmu cahaya hati

Ampunkanlah wahai guruku kesilapan anak-anakmu
Kuserahkun jiwa ragaku agar terdidik nafsu liarku
Dengan izin Allahu Rabbi
Engkaulah guru yang sejati
Engkau bersabar mendidik kami
Semoga dirimu diberkati

Datang dengan harapan
Pulang bawa kejayaan
Anugerah yang diimpikan


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

(Dipetik dari sajak GURU OH GURU karya Allahyarham Usman Awang)


Segala Ilmu Dan Pengorbananmu Dalam Mendidik Anak Bangsa

Hanya Allah Yang Dapat Membalasnya......


Buat Teman Pengajar Di SATUTA Dan SATD,

Teruskan Perjuanganmu Dalam Menyampaikan ILMU...

Tabahkan Hati Dalam Menangani Kerenah Anak Didikmu Di Era

Yang Penuh Mencabar Ini.

Segala Kenangan Bersama Tetap Liza Sematkan Dihati...


especially buat bestfriend di SATUTA ...iaitu cikgu june, cikgu hanifah,

cikgu aliza, cikgu haslinda

bestfriend di SATD.......cikgu tiny, cikgu radhiah,cikgu hamizah,

cikgu azlina,cikgu linda,cikgu waheeda,


yang liza kasihi...ustz.maimunah, ustz. eainee, ustz. noor dasila, ustz. halimah

ustz.azilah, ustz.aniza, ust. sulaiman , ust. hj. lizam


yang liza hormati....pengetua2 di kedua2 buah sekolah terutamanya

tn. hj. ahmad murad, pn. hjh. syamsiah, pn. hjh. hawiyah dan tn. hj alias (ibnu Rahmat)


masih segar dalam ingatan saat kita bersama-sama menyanyikan lagu "GURU MALAYSIA"

pada sambutan "Hari GURU PERINGKAT DAERAH"

di Kompleks Islam Johor.

teruskan perjuangan walau di mana kalian berada...


disebabkan terlalu xcited, jadilah entry awal sehari.....hehehe


Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin