28 Jun, 2009

F.A.M.I.L.Y

Aku terlanggar seseorang di jalanan,
aku katakan..."maafkan saya, saya tak perasan..."
katanya.."maafkan saya juga...saya tak nampak saudari..."
kami amat bersopan dan saling menghormati,
saling melambai dan berlalu pergi...

tetapi di rumah lain pula ceritanya,
bagaimana kita melayan orang tersayang..tua atau muda,
lewat petang..tika memasak makan malam,
anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
bila berpaling, aku hampir melanggarnya jatuh,
jerkahku..."jangan menyibuk di sini..pergi main jauh-jauh..."

dia berpaling lalu pergi,
hatinya hancur..luluh dan beku,
aku tak sedar betapa kasarnya kata-kataku,
sedangku berbaring di katil mendengar muzik,
terdengar suara halus datang berbisik,
"bila bersama orang tak dikenali,
begitu bersopan dan merendah diri,
tetapi..ahli keluarga sendiri...sering dimarah dan dicaci..."

"cuba kau pergi lihat di dapur,
kan kau temui bunga-bungaan berterabur,
itu adalah bunga-bunga yang dibawanya untuk kamu,
dia memetiknya sendiri, kuning, merah dan ungu,
dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu
kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu"

pada ketika ini, aku merasa amat kecil sekali,
airmataku mencurah ibarat air di kali,
senyap-senyap ku ke biliknya, dan melutut di katil,
"bangunlah anakku, bangunlah si kecil..."

"apakah bunga-bunga ini dipetik untuk ibu?"
dia tersenyum, "adik terjumpanya belakang rumah di semak,
adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutamanya yang ungu"

"maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
ibu tak harus menjerkahmu sebegini."
katanya,,"oh ibu..itu tak mengapa,
adik tetap sayang ibu melebihi segala.."
bisikku.."anakku, ibu juga sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu..terutamanya yang ungu.."

tahukah anda makna FAMILY?

(F)ather (A)nd (M)other (I) (L)ove (Y)ou

"HARGAILAH KELUARGA ANDA"

"Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia ,
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya .
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya"



Scrapbooking at WiddlyTinks.com

8 ulasan:

RHEA berkata...

yup.. hargailah apa yang kita miliki hari ini..

jangan ego untuk melafazkan ungkapan sayang kita pada mereka.. selagi kita masih mampu melafazkannya..

jangan lokek membelai mereka..

jangan sembunyikan kasih sayang kita pada mereka..

kita tidak dapat menjangka hayat kita.. entah esok lusa.. kita akan meninggalkan mereka.. atau mereka yang akan meninggalkan kita.. tatkala itu.. semuanya sudah terlewat..

:'(

shahliza94 berkata...

betul cakap rhea...
tak salah jika menunjukkan rasa sayang kita pada mereka...
ungkapan...belaian....takkan merugikan....

harap rhea sihat2 sahaja disamping si dia dan wana....

ieda berkata...

huhuhu amat terharu akak membacanya ..
thanx dik , kerana sudi berkongsi rasa , nasihat untuk dijadikan panduan jalani kehidupan ...

sukaaaaaa akak

Mummy Dasy berkata...

YUP BETUL,
HARGAI SELAGI ADA DI DEPAN MATA

amat terharu N3 ni

MarLadyD berkata...

selagi masih ada yang sayang...selagi hayat dikandung badan...hargai jua apa yg dimiliki hari ini..

shahliza94 berkata...

ieda,
N3 ni juga adalah untuk mengingatkan liza sendiri disamping berkongsi dengan sahabat2 blogger yg lain...

shahliza94 berkata...

mumuy dasy,
masa tengah menaip N3 ni tak sedar ada titisan airmata mengalir di pipi...
teringat kesilapan sendiri...

shahliza94 berkata...

lady D,
betul tu...sama-samalah kita ingat-mengingatkan sesama sendiri....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin