15 Jun, 2009

Mari Membaca......


SUDAH ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.

Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehadiran Syed Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yang terbaik untuk kakaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab dan melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakan boleh dijadikan teman sendiri.

Hasrat meminang yang disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yang salah kerana bercinta dengan kakak, mengapa pula yang dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa.

Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar salam kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak.

Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilema. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai?

hah...yang kat atas ni masih belum mula lagi baca walaupun ianya ada di depan mata.



Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?

mmm...tak sangka ek..dalam kesibukan ..masih sempat menghabiskan sebuah novel lagi...
"remember me" dah habis baca..... mmm...best gak citer dia.
hahahahaha.......Mont Blanc???? guess... what it is???
the mound of whipped cream????
hahahaha........
dan baru je selesai baca novel meen zulaika ni..

memang best...tak rugi baca walaupun ianya sekadar novel "alaf 21"....hehehe.....

3 ulasan:

[yAN!e][pUTraJAya] berkata...

akak...
sorry2...
tak perasan link akak di list saya
hehehe

akak pun suka novel yer?
sama la kita....hehehe

shahliza94 berkata...

kalau akak single cam yanie mesti leh baca sehari sebuah novel..hehehe..
ni sebuah novel nak abiskan kengkadang tu sampai seminggu. huh....sabo jeklah...

Siti @ nurie berkata...

bestnyer dpt baca buku2 tu....tak smpt lg nak baca.,,,hu hu hu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin