17 Jun, 2009

PENGHIJRAHAN ARMADA IKAN PARI


Bagai dedaun yang terapung-apung di tengah lautan,
beribu-ribu Ikan Pari kelihatan berkumpul di lautan Mexico.

Kejadian yang memukau ini dirakam ketika
armada makhluk-makhluk ini melakukan penghijrahan.

Dengan meluncur di bawah ombak,
ia mengubah lautan biru menjadi kuning keemasan.

Seorang jurugambar amatur, Sandra Critelli merakam foto indah ini.

Katanya,
“Seperti lukisan… permukaan air seperti dipenuhi
dedaun musim luruh yang melayang ditiup angin. “

“Banyak jumlahnya… menjangkau ke ribuan angkanya!”

”Berukuran lebar kepaknya 2.1 meter,
ia meliputi seluruh kawasan sekitar…

bukan sahaja di permukaan,
malah terdapat yang bergerak di lapisan-lapisan bawah.”

“Pada waktu penghijrahan, sebanyak 10,000 ekor ikan pari
akan bergerak dalam satu angkatan.”

Bismillahirohmanirohim...

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi
serta segala yang Dia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata dan

Dia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Dia kehendaki (melakukannya).”

(Asy-Syura 42:29)

sumber: Alaf21.com.my

7 ulasan:

hani@debumelukut berkata...

menakjubkan cuma sayang susah nak baca..sakit mata tua akak ni dgn warna tulisan tu...tahniah, article yang menarik.

shahliza94 berkata...

ok kak....saya dah ubah kaler...tima kasih atas komen...singgahlah lagi yer....

Kak Zue berkata...

Salam tuan rumah. kak long singgah di awal pagi. Cantik sgt gambar2 tu..

Siti @ nurie berkata...

YA allah..cntinknyer,...mesti org yg amik gmbr tu rasa insaf akan kekuasaan Allah...

shahliza94 berkata...

kak zue: tima kasih yer singgah blog liza....singgahlah lagi..

shahliza94 berkata...

to siti: memang cantik....kan? itulah kebesaran-Nya.....
thanks singgah...

Mummy Dasy berkata...

subhanallah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin