17 Julai, 2009

Ada Yang Terlepas Pandang....










kisah menyayat hati ini dipetik dari emel...





"ustaz, boleh tak sampaikan sedikit kuliah dalam 10 minit untuk saudara-saudara kita di sini"
minta kak Liza.
mmm....eeee, kita taaruf dahululah ye, nama saya......
inilah kali pertama dalam hidup saya, sejak bergelar ustaz tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan.

Hari ini 23 Jun jam 12.30 tengah hari, saya bersama pesakit HIV positif.
Padahal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan ubat. Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustaz datang melawat mereka. Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana mereka pesakit HIV. Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini ialah di dalam sebuah gereja.

Tetapi inilah hakikatnya, tempat perlindungan pesakit HIV bagi orang dewasa adalah di gereja. Orang bukan islam yang menaungi mereka, dan sudah beberapa yang mati di sini. menurut kak liza, bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindungan yang dibuat oleh orang islam.

Majlis Agama Islam Selangor pernah bercadang untuk membuatnya, tetapi hingga sekarang belum menunjukkan apa-apa perkembangan.
saya malu pada diri saya saat ini. seolah-olah, saya diberitahu "apalah kamu orang islam ni, cakap aje pandai, saudara seislam yang sakit pun tidak dihiraukan"

selesai taaruf, salah seorang dari mereka memberitahu, "imam masjid sebelah selalu datang". hati saya menyapa: kenapa tidak dibuat di masjid sahaja tempat perlindungan ini, bukannya tak ada tanah...
"pihak MAIS ada jugalah jenguk kami, tapi jarang-jarang. dalam sebulan sekalilah." hati saya menyapa lagi:
kena sampaikan ni kepada sahabat-sahabat saya dari MAIS. kena buat sesuatu."

saya masih kelu dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. tajuk apa yang saya nak sampaikan? Tajuk Ukhuwah? Tajuk berkasih sayang sesama islam? Tajuk "semua perkara ada hikmah"? Tajuk apa? Tajuk apa yang sesuai?
"Aduhai Tuhan..kenapa aku di sini hari ini...?" rintih hati saya atau lebih tepat:
"kenapa sekarang baru dapat tahu, kenapa tidak peka, kenapa tidak dari dulu aku datang menjenguk sahabat-sahabat seIslam di sini..?"

akhirnya saya menyampaikan sedikit tazkirah, tak sampai dua minit. saya hanya membicarakan mengenai kasih sayang Allah pada manusia. semakin banyak mulut saya berbicara, semakin banyak hati saya berkata:
"Ah pandai cakap aje, apa yang kamu buat hah...? Tazkirah di akhiri dengan sedikit ucapan dari kak liza.

Majlis berakhir dengan bersalaman. salah seorang penghuni, dengan suara yang rendah, berkata pada saya: "ustaz, terima kasih sebab datang ye..."
nak menitik airmata saya melihat mereka. dari mata mereka, mereka seolah-olah memberitahu saya, "ustaz..keluarkanlah kami dari gereja ini."

saya melangkah keluar dari dewan kuliah. di sebelahnya terdapat salib.
yang masih boleh berjalan, menghantar saya hingga ke kereta. mereka melambai ke arah kami serombongan sambil berkata: "nanti datang lagi ye..."

van yang kami naiki menuruni cerun kawasan gereja. hati saya tak putus-putus berdoa: "Ya Allah, selamatkanlah iman mereka. Ya Allah, beri kami keampunan. dalam tahun ini insyaAllah, kami akan usaha mengeluarkan mereka dari gereja ini Ya Allah." kami meninggalkan tempat ini. insyaAllah, selepas saya pulang dari Turki nanti minggu depan, kita akan usahakan sesuatu, bisik hati saya.

Pada saya, mewujudkan tempat perlindungan ini dah taraf fardhu ain dah, ini kerana tidak ada lagi tempat perlindungan bagi orang dewasa seperti ini yang dibuat. selagi ada orang islam yang masih duduk di gereja ini, selagi itulah tanggungjawab ini tidak terlepas dari setiap bahu orang islam.

saya menyeru kepada semua pembaca, mari sama-sama kita usahakan. jika ada niat, maka insya Allah, pasti ada jalan. InsyaAllah saya akan mewar-warkan pada
semua jika ia akan dimulakan. insyaAllah dalam tahun ini juga, kita akan usahakan rumah penjagaan bagi orang islam. semoga sedikit niat ini mendapat bantuan Ilahi..amin...

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

P/S: bersamalah kita mendoakan..semoga niat dan usaha ustaz ini akan membuahkan hasil. amiin....







4 ulasan:

<< s| tED| >> berkata...

yup! ini akibat daripada di sisih manyarakat. Org kristian ambil kesempatan untuk berbuat kebaikan. saya tidak kata salah.tetapi dalam kebaikan takit mereka selitkan pengajaran agama mereka.

saya ada baca mengenai ini dalam blog wartawan Syaril A Kadir yang saya rasa sama-sama ke sana.
:)

shahliza94 berkata...

betul tu tedi.. kesian mereka..mudah2an MAIS akan laksanakan sesuai saranan ustaz tersebut.

ieda berkata...

ya allah aper lah nasib yg menimpa mereka ini .. kasihan sgt akak membacanya .. dah lah ada HIV , diletakkan di tmpt yg x sepatutnya ..

ya allah berilah kekuatan kepada mereka dan peliharalah akidah dan ketetapan hati mereka ..

semuga niat suci ustaz ini termakbul .. insyaallah

shahliza94 berkata...

mudah-mudahan..sama-samalah kita mendoakan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin