19 Julai, 2009

Alhamdulillah.....Masih Ada Sinar Buat Mereka...

Isu Pesakit HIV Melayu Di Gereja Bakal Berakhir?

Pengarah MAIS, Datuk Khusrin selepas mesyuarat kelmarin

Pengarah MAIS, Datuk Khusrin selepas mesyuarat kelmarin

Semalam aku dimaklumkan oleh Ustaz Mohamad yang perjuangan kami untuk mengeluarkan pesakit HIV Melayu dari gereja semakin menjadi kenyataan apabila Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersetuju untuk menyumbang RM50,000 bagi membolehkan para pesakit ini dipindahkan ke penempatan baru yang diuruskan oleh orang Islam sendiri, Alhamdulillah

walaupun jumlah tersebut bukanlah satu jumlah yang besar atau mencukupi, namun ia adalah bukti yang badan agama seperti MAIS tidak lepas tangan apabila wujud masalah-masalah seperti ini

tahniah kepada semua pihak seperti Yayasan Al-Ijabah, Ustaz Mohamad, para blogger dan para sahabat yang tidak putus-putus berusaha demi akidah dan kebajikan para pesakit berkenaan

terima kasih ini juga tidak lengkap rasanya jika tidak ditujukan kepada paderi dan pihak gereja berkenaan kerana sanggup bersusah-payah menjaga dan merawat saudara-saudara kita itu walaupun mereka bukan dari agama yang sama

kepada pembaca semua, sesungguhnya tiada apa yang mustahil kita capai jika niat kita bersih dan murni untuk berjuang ke jalan Allah

alhamdulillah...sesungguhnya di luar sana ramai lagi saudara seagama kita yang memerlukan bantuan dan sokongan kita…pelacur, penagih, mat rempit dan lain-lain walaupun ‘hina’ di mata kita, tetapi mereka juga manusia yang perlukan sokongan dan bimbingan dari kita yang bernama khalifah di bumi Allah ini

kita boleh hina mereka…tetapi bayangkan kalau mereka adalah anak atau dari darah daging kita sendiri, bagaimana?

apa yang saya, Ustaz Mohamad, sahabat-sahabat semua lakukan ini cuma kecil saja

kami semua bukan ulamak , kami juga insan yang serba-serbi kekurangan, penuh dengan dosa…tapi itu bukan bermakna kami akan menyerah kepada takdir semata-mata

IMG_8791

bantulah mereka yang memerlukan, tak boleh dengan tenaga, bantulah dengan wang ringgit, tak boleh dengan wang ringgit, bantulah dengan doa anda.

bagi yang mahu menyumbang, dermakanlah ke;

Yayasan al-Ijabah
Bank CIMB
Akaun Nombor : 1207 00000 26103

Salam Perjuangan.

SAK: Kalau boleh beli tiket tengok MU sampai RM90, rasanya setakat RM10 takde hal kot….


Shahliza94: Boleh singgah ke blog Ustaz Amin untuk keterangan lanjut. Terima Kasih kepada SAK atas maklum balas.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin