03 Julai, 2009

Matahari dari dekat (5,000 KM)

Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of
Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope

klik untuk keterangan lanjut

Sebagai Renungan:
Matahari. Objek terbesar dalam sistem solar kita. Lapisan luar matahari dianggarkan lebih 6,000 centigrade. Lapisan ini kelihatan menggelegak kerana ledakan tanpa henti dipermukaannya. Di dalam lapisan kerak matahari suhunya ialah 15 juta centigrade. Tekanannya pula 340 bilion kali ganda berbanding dengan tekanan di bumi sehingga menyebabkan reaksi nuklear terjadi di dalamnya. Tenaga di dalam kerak matahari mengambil masa sejuta tahun untuk muncul di permukaannya. Pada setiap saat, 700 juta tan hidrogen terbakar menjadi abu helium. Ketika proses ini berlaku, 5 juta tan tenaga telah terhasil.

Bayangkan… kepanasan matahari yang kita rasai saban hari dari bumi sudah cukup menyakitkan. Apatah lagi andainya kita menghampirinya, sedekat yang kita lihat di foto-foto yang dipaparkan. Apakah api matahari yang menjulang dan menjilat itu menyamai kepanasan api neraka? Ya, ia sebahagian dari kepanasan api neraka seperti hadis:

Hadis Sunan An Nasa'iy Jilid 1. Hadis Nombor 0487.
Dari Abu Hurairah katanya: "Telah berkata Rasulullah saw: "Jika matahari terlalu amat panas, maka akhirkan solat zuhur hingga matahari agak dingin, sesungguhnya sinar matahari yang terlalu panas termasuk bahagian panasnya jahanam(neraka)."

Nauzubilahi min zalik


sumber: alaf21.com


2 ulasan:

<< s| tED| >> berkata...

wah! Amzing!! Tq! Sharing is caring! hehehehehe

shahliza94 berkata...

ya...sama2lah kita berkongsi ilmu pengetahuan....terima kasih singgah...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin