09 Julai, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in CAR SEAT Contest

pertandingan ini telah dianjurkan oleh MomBloggersPlanet dan
hadiah pemenang ditaja oleh :

Photobook Malaysia

dan

alicewonders


nama peserta : Ahmad Danish Haikal
tarikh lahir: 17 November 2006


danish memang tak kisah duduk dalam car seat kalau pergi berjalan.
dia akan duduk diam-diam sambil menikmati pemandangan kiri dan kanan.
di apit pula oleh kakak dan abangnya.


car seat ni dari jenama 'sweet cherry' amat
berjasa buat liza sekeluarga.
kami beli semasa insyirah (anak sulung kami) berusia 5 bulan.
kini insyirah sudah pun berusia 6 tahun.
kemudian mamat (anak kedua) pula menggunakan khidmatnya.
kini mamat berusia 4 tahun dan car seat ini
diturunkan kepada danish.
bayangkan..betapa berjasanya ia...





pentingnya penggunaan 'car seat' semasa dalam pejalanan
kerana ia dapat mengawal tindak tanduk anak anda terutama
anak yang aktif dan tidak boleh duduk diam.
disamping menjaga keselamatan kanak-kanak daripada
tercampak ketika brek ditekan dengan tiba-tiba.

kepada ibu-ibu, sedarlah akan betapa pentingnya
keselamatan anak anda semasa dalam perjalanan.
tak kiralah samada perjalanan jarak dekat mahupun jauh..
penggunaan car seat lebih selamat berbanding anak dipangku di atas riba.
mula-mula anak anda pasti menangis kerana diikat, tetapi lama- kelamaan dia akan terbiasa.
pilihan ditangan anda..samada biarkan dia menangis demi keselamatannya, atau anda yang menangis sekiranya berlaku perkara yang tak diingini?
tepuk dada..tanya hati......

begitu juga dengan tali pinggang keledar untuk penumpang di belakang. sejak undang-undang penggunaannya dikuatkuasakan, tiapkali masuk kereta..liza akan bersuara,
"pakai seat belt masing-masing!!!!"

tak salah bersusah payah sedikit demi keselamatan bersama......
terutama orang-orang yang kita sayang.......



4 ulasan:

iena hamdi berkata...

anak anak iena kak.. ketiga tiga tak suka duk dlm car seat kak.. uhuhuhu bengang jugak kekadang.. nak nak skrg ni hubby jauh... mia lak breast feed.. payah tensen tul la kak

shahliza94 berkata...

tapi kalau iena drive bawak mia cemaner pulak? memang ..kalau bf payah sket...anak2 akak bf sampai 3 bulan jek...tu yang sumbat dalam car seat.....

Siti @ nurie berkata...

alahai....kalau si mia, mau dia punyer menjerit, satu taman dengar....dia kalau tak tgok luar smbil diri, cnfirm dia menjerit....1 cara utk siti soh dia duk diam, siti kasi dia makann atau belikan air vitagen..he he he...barulah dia dok diam...tapi, skrg ni, sibuk sgt nak dok blkg sorang2...bahaya tau

shahliza94 berkata...

bubuhkan jer dalam car seat siti..biasakan. nanti lama2 terbiasalah dia. anak2 akak dulu pun camtu..menangis kena ikat. tapi sepatah kata en.shah, mana kita nak? biarkan dia menangis, atau kita yang menangis kalau sesuatu yg buruk terjadi? isy....jauhkanlah...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin