17 Julai, 2009

Update: Ada Yang Terlepas Pandang....

Susahnya bila nak berbuat baik…

Sekadar perbandingan, mana senang nak cari kawan…pergi ke qiamulail atau pergi ke pub?

aku rasa tak payah pening nak fikir, dah tentu jawapannya pergi ke pub, apatah lagi kalau semuanya ditanggung beres dah tentu ramai kawan yang nak ikut

sedangkan pahala dan ganjaran dah tentu melimpah ruah kalau pergi ke qiamulail tapi hehehe, aku berani kerat jari, kalau sepuluh yang diajak, sorang belum tentu mau follow

aku buat entry ni bukan nak tunjuk baik, jauh sekali nak tunjuk alim, tetapi aku menulisnya bagi mengenangkan kesusahan dan kegetiran yang terpaksa kami lalui bila hendak membawa keluar anak-anak Melayu HIV+ yang mendapatkan perlindungan dari gereja,

terus terang cakap, banyak betul halangannya

yang ‘menarik’ tu, halangan tersebut bukan datang dari pihak gereja, tetapi dari masyarakat Islam sendiri

jangan kata nak minta dana, baru cakap pasal HIV pun masing-masing dah mencebik

betul lah kata orang, bila nak buat baik ni ada saja ‘pancarobanya’

IMG_8933

apapun kami berterima kasih kepada Hospital KPJ Selangor (dulu Shah Alam Medical Centre) kerana secara dasarnya, bersetuju menyumbangkan tak silap aku 10 katil hospital yang berharga RM2,000 sebuah

begitu juga seorang hamba Allah yang bersetuju menyewakan rumah berkembarnya untuk dijadikan rumah penjagaan buat saudara-saudara kita yang HIV+ ini

untuk pengetahuan korang, punyalah seksa nak cari rumah sewa untuk tujuan ini, tak kata merekalah, mana ada orang nak berjiran dengan pesakit HIV, apatah lagi nak menyewakan rumah mereka untuk golongan tersebut

syabas kepada Yayasan Al-Ijabah dan Ustaz Mohamad

namun dalam dunia yang serba serbi memerlukan duit ini, yayasan masih kekurangan dana…nak upah nurse kena pakai duit, nak beli ubat kena pakai duit, nak beli beras kena pakai duit, bil api, bil air, bil Indah Water, yang itu, yang ini, aduuuuhhhh

pun begitu, aku percaya, pasti akan ada SINAR di hujung episod ini, InsyaAllah

12 ulasan:

[yAN!e][pUTraJAya] berkata...

insyaAllah kalau niat yg baik...
akan dipermudahkan segala urusan.....

=)

shahliza94 berkata...

mudah2an..amiin..

<< s| tED| >> berkata...

hehehehhe.. blog SAK ni lah yg saya follow berita pasal gereja n HIV ni :) TQ entry ini!

Siti @ nurie berkata...

kak shaliza, ada no akaun atau salurn yg bolh diberi bantuan ker..mana tau, ada yg sudi menyumbang.....harap2, semoga urusan ini akan berjalan lancar

shahliza94 berkata...

cuba siti masuk link sharil kadir . klik je kat nama dia. n tinggalkan komen kat entry dia. maybe dia leh bantu..

fazemy berkata...

Tahniah Kak shaliza...sbb org mcm akak nilah nasib budak2 melayu HIV tu akan terbela. Semoga diorg dapat rahmat Allah.

shahliza94 berkata...

buat emy, entry kali ini adalah untuk menyokong usaha mereka-mereka yang mempunyai niat yang suci serta hati yang mulia. pujian seharusnya untuk mereka....terima kasih.

bangibookseller berkata...

Sila kunjungi http://bangibookseller.blogspot.com untuk mendapatkan buku2 bacaan dlm B. Inggeris untuk sendiri atau anak2... Childrens books, Harry Potter, John Grisham, Stephen King, Meg Cabot's Princess Diaries, Sidney Sheldon dsbnya... Semua harga negotiable T. Kasih...

shahliza94 berkata...

tedi, terima kasih atas info tentang blog SAK. kalau tak memang akak x perasan...

ibu addin dan nasa berkata...

Insaf baca citer ni

husz_nie berkata...

bantu-membantulah anda sebelum anda dibantu dgn dimandikan.. kekekeke

syahrilkadir berkata...

terima kasih cik liza...pada yang ingin membantu boleh ke blog sahabat saya di www.ustazamin.com

kalau ada yg nak jadi sukarelawan pun boleh

salam ukhuwwah semua

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin