07 Ogos, 2009

Terbela Jua Nasib Mereka.....

Rumah Perlindungan HIV Untuk Pesakit Melayu Yang Disisih Mula Jadi Kenyataan

bob

masih ingatkah korang tentang nasib lebih 30 orang anak Melayu HIV positif yang tinggal di sebuah gereja kerana disisihkan masyarakat tempoh hari?

setelah melalui pelbagai dugaan dan cabaran, Ustaz Abdullah, Yayasan Al-Ijabah serta para sahabat berjaya mengeluarkan seorang demi seorang pesakit ini dari gereja tersebut

dan dengan usaha dan doa yang tidak putus-putus daripada semua pihak yang terlibat, mereka berjaya mendapatkan sedikit bantuan kewangan permulaan daripada orang persendirian dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

untuk itu sebuah banglo lama telah disewa bagi menempatkan para pesakit ini, lebih membanggakan lagi, sebuah hospital swasta d Shah Alam turut bersetuju mendermakan katil-katil untuk kegunaan penghuni di itu

IMG_9998

namun perjalanan masih jauh, dana masih diperlukan untuk ubat-ubatan mereka, untuk kos pengurusan rumah itu sendiri seperti makan minum, bil air dan api, pekerja dan banyak lagi

walaupun ramai yang memandang rendah usaha Ustaz Abdullah dan kami semua atas alasan ‘pesakit ini sendiri yang tempah maut’, namun kami redha dan pasrah dengan semua itu

IMG_1347

yang penting, kami tidak sanggup lihat para pesakit ini, yang sama agama dengan kita, menghabiskan sisa-sisa hidup mereka di gereja

IMG_0629

syabas Ustaz Abdullah dan Yayasan Al-Ijabah, terima kasih juga kepada semua kerana sudi mendoakan agar usaha menyelamatkan pesakit HIV dari gereja ini mencapai matlamatnya

hanya Allah saja yang mampu membalas jasa dan budi baik kalian.

Salam.

6 ulasan:

Siti @ nurie berkata...

Alhamdulillah...harap2, usaha Ustaz Abdullah akan dipandang olh org islam yg lain

shahliza94 berkata...

betul tu siti..sekurang2nya masih ada yang simpati....

Damia Aleesya & Damia Ayyunie berkata...

semoga insan2 yg teraniaya ini di lindungi olehNya.........dan harap2 bantuan drp org ramai mengalakkan lg...

<< s| tED| >> berkata...

InysaAllah.. mereka akan lebih selesa dan tidak di pinggirkan lagi..

shahliza94 berkata...

yang paling penting ialah bimbingan yang mereka terima disaat menghadapi sakratul maut. bimbang juga jika yg berada disisi mereka disaat itu bkn dari kalangan saudara seagama. na'uzubillah....

░♥si lampu neon♥░ berkata...

wow...baguslah..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin