05 Oktober, 2009

TODAY IS MY BIRTHDAY n OUR 7th ANNIVERSARY..!!!!!



maaf kawan-kawan, update sedikit entry ni. hampir telupa akan tarikh 'keramat' yang satu lagi... hehehe..... boleh gitu???







glitters

Alhamdulillah......

Ya Allah,
Seketika di hari lahir dan ulang tahun perkawinan kami ini,
moga muncul hari baru buat kami yang ceria,
Engkau muliakan dan sayangi kami,
ampuni dosa kami,
berkati keluarga kami,
sihatkan tubuh badan kami,
limpahkan rezeki buat kami,
jauhkan kami daripada fitnah, penganiayaan & penghinaan..
bahagiakan hidup kami,
suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa keraguanMu,
makbulkan dan berkati cita-cita kami yang murni...
amin ya Rabbal 'Alamin..

Alhamdulillah, LAILAHAILLALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH…hari ini aku masih dibangkitkan sebagai muslim.. doa dipanjatkan, kerana masih berpeluang ku lihat sinar fajar di pagi ini, if tomorrow never comes.. Alhamdulillah, hari ini masih ku bernafas, hari ini usiaku makin menginjak. Semoga usia yang meningkat seiring dengan kematangan dalam semua aspek kehidupanku sebagai muslimah, mukminah… Semoga dengan usia yang meningkat ini seiring dengan amal ma’ruf yang kian menggunung tinggi bukan pahala yang makin kikis terhakis.. amin..

Disini, ingin diri ini membawa satu nasihat Sayyid Qutb kepada adiknya, Aminah Qutb. “apabila kita hidup hanya untuk diri kita, maka hidup kita amatlah singkat. Bermula dengan bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas ini. Tetapi, jika kita hidup kerana fikrah untuk menegakkan Dinul Islam di atas muka bumi ini, sesungguhnya hidup kita akan lebih panjang dan bermakna. Bermula dengan bermulanya manusia dan berakhir dengan pupusnya manusia di atas muka bumi Allah ini,”
Moga hidup kita semua kerana ad-din, innassolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil’alamin…

Saat baru, hari baru, umur baru, hidup yang baru… berubahlah duhai diri, hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini, yang lalu tetap berlalu, kelmarin yang pergi takkan kembali, semalam yang hilang tak kan hadir semula… wal’asr… FASTABIQUL KHAIRAT…

15 ulasan:

MaMa3H berkata...

happy besday k liza....semoga dimurahkan rezeki...

mumy berkata...

happy bday kak liza..semoga panjang umur & dmurahkan rezeki

Damia Aleesya & Damia Ayunie berkata...

happy birthday....semoga kak liza dan keluarga berbahagia selalu

shahliza94 berkata...

thanks wat dina n nenny....
amiin..amiinn... ya Robb.

sori eh..update sket entry ni. hampir terlupa seketika akan tarikh keramat yg satu lagi.

shahliza94 berkata...

thanks zarina....amiin ...

Mummy Dasy berkata...

happy b'day kak.... semoga dberkati selalu & tercapai ape yg dhajati ye...

sI tEDI berkata...

happy birthday n happy anniversary..

hani@debumelukut berkata...

peliharalah bahagia itu selagi termampu..happy birthday n happy anniversary too. God bless u

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Selamat Ulang Tahun & Ulang Tahun Perkahwinan..

Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki serta dapat melihat anak2 membesar hingga ke hujung nyawa....amin.

iena hamdi berkata...

tahniah kak... selamat hari jadi.. n tahniah untuk 7 tahun itu,,,

ieda berkata...

salam liza ... hehhe
ieda buat dlm software wondershare .. banyak lagi .. semua kena download dari internet ..

ermm itupun adik yg download kan ...
cuba lahhh .. guna software photobucket punn leh tau ..

ieda berkata...

opsss luper lak ieda nak wish .. eppy belated anniversary buat liza dan hubby

semoga allah memanjangkan jodoh kalian sehingga ke hujung nyawa .. aminnnnnnn

shahliza94 berkata...

buat mumy dasy, tedi, kak hani,kak rina, iena n ieda...
amiin..aminn... ya Robb.... tima kasih atas doa kalian..

RHEA berkata...

selamat semuanya..
semoga sis liza sentiasa berbahagia di sisi suami tercinta dan anak2 tersayang..
amein..

shahliza94 berkata...

thanks rhea...nape ek xleh log in blog rhea?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin