13 November, 2009

ADA BERANI...?

idea dan usaha bijak dari sahabat blogger liza yaitu PN. MULBERI yummy..yummy..

Adalah dimaklumkan bahawa "Lose Weight Challenge" akan diadakan bermula 16 Nov. 2009.

Tujuan cabaran ini dianjurkan supaya kita sama2 dapat memotivasikan diri sendiri dalam usaha menurunkan berat badan secara sihat dan selamat. Dengan cara ini juga, ahli2 dapat saling memberi dorongan & sokongan antara satu sama lain.

Syarat2 penyertaan:
1. RM50/person akan dikenakan untuk menyertai LWC ini. Tujuannye supaya anda lebih komited, lebih serius dan berusaha dengan gigih untuk mencapat berat yg diidamkan. (Duit ni pon utk hadiah tauuu.. sebab tak dpt carik sponsor! Hehehe)
2. Anda memang berlebihan berat badan.. yg kurus cikeding tak layak!
3. Takde penyakit kronik, tidak pregnant
4. Cabaran ini akan berlangsung selama 3 bulan. Bermula 16 Nov 2009 sehingga 16 Februari 2010.
5. Sebarang produk pelangsingan adalah TIDAK DIBENARKAN.
6. Kaedah menurunkan berat badan: Menjaga pemakanan dan melakukan senaman, tak kisahla nak jogging ke.. skipping ke.. jalan2 ke.. gym etc..
7. Blog personal akan disediakan untuk anda meng-update segala pemakanan harian anda. Nak letak ape2 berkaitan usaha anda menurunkan berat badan juga adalah dialu2kan, seperti tip senaman yang berkesan, resepi2 menu sihat dan sebagainya lagi
8. Jika dalam tempoh cabaran ini berlangsung dan anda disahkan terpregnant atau pon jatuh sakit.. anda dibenarkan untuk menarik diri dari cabaran ini. Wang akan dikembalikan (jgn risauu beb!)
9. Anda dinasihatkan untuk mengutamakan kesihatan & keselamatan masing2.
10. Peserta yang paling byk dapat menurunkan berat badan dalam tempoh 3 bulan itu bakal menerima hadiah istimewa. Para peserta yang lain juga akan diberikan hadiah penghargaan.

untuk keterangan lanjut.. sila jengah di sini

4 ulasan:

Damia Aleesya & Damia Ayunie berkata...

macam best jer nak join ni...kak liza join tak?? yg ni boleh makan nasi tak??

sI tEDI berkata...

wah!! kena klik tu!

Mulberi berkata...

Mekacihhh Liza atas promosi yg tak berbelah bagi.. heheh..
Utk Damia.. ye nasik dibolehkan.. cuma pandai2la cut jumlah yg diambil..

shahliza94 berkata...

niat ati nak join gak... mencabar diri sendiri. hehehe... sebarang pertanyaan leh tanya terus kat link yang diberi. masey...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin