02 September, 2010

Gagahnya Lelaki....Lembutnya Wanita.....

Telah ditakdirkan ... kerana lembut wanita, tidak gemar perbalahan ... kecuali jika terpaksa.

Lalu wanita pun diam-diam seolah-olah menerima ...

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan.

Dalam diam, wanita terus terusan bekerja di pejabat sebagai kerani, sebagai pegawai ... di rumah sebagai suri.

Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari hingga jarum jam tegak bertindih jari.

Lelaki yang mengaku kuat, celik mata sarapan sudah terhidang.

Apabila pulang dari pejabat, di kerusi malas longlai terlentang.

Isteri dikatakan lemah. Bergelut di dapur memasak.

Suami yang mengaku gagah, bersantai di hadapan TV tidak bergerak.

Selesai memasak, wanita menguruskan anak-anak.

Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak.

Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak. Berehat, menonton TV sambil tergelak ......




(sekadar gambar hiasan)

sumber : Pak Ngah

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin