10 Februari, 2011

Petua Tingkatkan Pencapaian Akademik Anak.....


Sediakan Keperluan Asas

Kelengkapan yang cukup adalah penting dalam memastikan anak-anak dapat belajar dengan selesa. Misalnya, pensil patah adalah suatu perkara yang remeh bagi kita tetapi ia besar bagi sesetengah anak terutamanya yang bersekolah rendah. Ketiadaan peralatan lengkap seperti alat geometri boleh membuatkan seorang anak malas untuk ke kelas dan hilang tumpuan serta minat belajar. Buku yang tidak mencukupi boleh membuatkan anak memberi alasan untuk tidak belajar dan sesetengah mereka terpaksa berhadapan dengan kemarahan guru. Pakaian atau beg koyak boleh membuatkan anak malu dengan rakan-rakan dan tidak gembira untuk ke sekolah. Oleh itu sebagai ibu bapa, tengok-tengoklah keperluan asas untuk anak ke sekolah ini sentiasa, bukan sekadar diawal tahun sahaja. Sediakan satu bilik atau satu ruangan untuk anak-anak belajar di rumah. Pastikan ruangan ini selesa, tenang, nyaman dan jauh dari gangguan. Pastikan juga cahaya mencukupi dan ubah suai tempat belajar ini dari masa ke semasa bagi mengekalkan motivasi diri anak dan mood belajar mereka.



Jangan Ragu-Ragu Untuk Disiplinkan Anak

Pelajar cemerlang adalah pelajar yang berdisiplin. Sebagai ibu bapa kita mestilah mampu mendisiplinkan anak-anak di rumah dari segi kekemasan bilik, pengurusan masa, pengurusan diri serta tingkah laku mereka. Galakkan anak-anak mengemas biliknya sendiri meskipun ada pembantu rumah yang boleh melakukannya. Pupuk sifat bertanggung jawab dan berdikari dalam diri anak. Duduk dengan anak dan bicangkan jadual harian mereka. Terangkan pada anak-anak betapa pentingnya mempunyai masa yang seimbang diantara belajar, beribadah, riadah, sosial, rehat, bersama keluarga dan sebagainya. Jadual yang disediakan ini mestilah fleksibel sebab anak-anak bukannya robot yang boleh menepati waktu setiap hari. Anak cemerlang adalah mereka yang ada peraturan sama ada di rumah atau di luar. Adalah menjadi tanggung jawab kita sebagai ibu bapa untuk mendisiplinkan mereka.


Mengawasi dan Menemani Anak

Ibu bapa boleh meningkatkan komitmen belajar anak dan merangsang minat mereka dengan menemani anak ketika waktu belajar mereka. Untuk anak-anak peringkat sekolah rendah, ibu bapa bolehlah mengajar mereka dan apabila anak-anak mula meningkat ke sekolah menengah secara beransur-ansur ibu bapa biarkan anak-anak berdikari. Dengan cara ini tabiat belajar dalam masa yang ditetapkan menjadi kebiasaan dan mudah untuk kita terus mendorong minat serta kemahuan mereka.


Sabar dalam Mengajar

Mengajar anak sendiri memerlukan kesabaran yang tinggi. Ramai ibu bapa yang mudah hilang sabar lalu marah-marah dan meninggikan suara apabila mengajar anak-anak dalam pelajaran mereka. Mereka geram kerana anak-anak mungkin tidak memberikan perhatian, lambat faham, cepat lupa dan sebagainya. Perlu diingat, anak-anak bukan kita dan mereka tidak mungkin seperti kita. Lagi dimarah lagi tertutup minda dan buntu fikiran mereka. Mereka akan lebih takut untuk buat salah lalu tidak mahu mencuba. Kalau mampu, ajarlah anak-anak strategi belajar, teknik mengingat, prinsip memori dan sebagainya. Mudah-mudahkan pembelajaran mereka agar keyakinan diri mereka terbina sedikit demi sedikit. Ingat, kesabaran adalah kunci segalanya.


sumber// Pak Ngah


8 ulasan:

Izza Mohamed berkata...

tq liza! akan usaha praktikkan masa aiqal masuk sekolah nanti :)

shahliza94 berkata...

yer... sama-samalah kita mempraktikkannya..

Mummy Nenny berkata...

thanks for sharing kak

shahliza94 berkata...

sama2 nenny..

kakyong berkata...

perkongsian yg bagus ni,,

dah klik2 hb

shahliza94 berkata...

thanks kakyong.... esok pula kita ke sana!

iena hamdi berkata...

kak
nak copy n paste jugak eh...

shahliza94 berkata...

sila..sila...iena.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin