08 Februari, 2011

Tips Menghadapi Tangisan Bayi....


Kes Bayi Kerap Menangis dibaling Bapa menyebabkan saya ingin berkongsi tips Hadapi Tangisan Anak dengan para pembaca.

Anak-anak tidak hanya datang dengan kebahagiaan dan gelak-ketawa. Dia datang dengan kelebihan dan kekurangan, kesedihan dan kegembiraan, hak dan tanggungjawab. Maka ibubapa perlu siap untuk menghadapi setiap kemungkinan yang bakal dihadapi dengan kehadiran anak-anak yang dikatakan pelengkap hidup berumahtangga.

Tangisan anak cukup untuk membuatkan anda strees terutama ketika anda penat, lapar dan mengantuk. Pada anda, anak cukup merimaskan anda dengan tangisan mereka yang sukar dimengertikan apatah lagi dalam keadaan diri anda yang tidak tenang dalam menghadapi situasi tersebut. Kejadian ini, seringkali membawa ibubapa kepada tindakan yang tidak sepatutnya seperti di atas atau penderaan fizikal serta mental terhadap anak-anak.

Jika anak menangis
Jika anak anda menangis, pertamanya sedarlah bahawa dia sedang menyatakan kondisinya yang sedang lapar, sakit, tidak selesa, takut atau inginkan perhatian. Kemarahan anda tidak akan pernah menghentikan tangisannya kerana anda tidak memenuhi hak yang dimintanya.

Kedua, anda perlu sedar bahawa anak memerlukan anda untuk menyelasaikan masalah mereka. Maka fokuskan fikiran anda pada cara penyelasaian dan bukan pada kondisi anda yang lapar, penat atau mengantuk. Dengan cara ini, anda akan lebih tenang, sabar dan bertenaga untuk menyelesaikan permintaan anak.

Ketiga, lihat tanda-tanda lain dan kebiasaan kelakuan pada anak. Anda muJngkin boleh memberinya makan, susu atau mendodoikannya sehingga lena. Jika tangisannya masih berlarutan, anda perlu mengesan kesakitan padanya seperti mengetuk perutnya dengan jari (kembong), membuka ikatan barut perut (jika ada), kesan luka atau gigitan serangga dan sebagainya. Anak juga mengkin ada tabiat tidur dalam buai tapi tidak dapat tidur kerana anda tidak membawa buainya bersama saat balik kampung.

Keempat, setelah anda mengetahui punca tangisan anak, maka cepat-cepatlah memenuhi keperluan tersebut.
Jika anda gagal mengesan punca tangisan anak atau tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, bawalah anak anda ke klinik atau hospital 24 jam. Kecederaan atau kesakitan yang dialami oleh bayi boleh membawa maut jika anda tidak bertindak dengan segera.

Jika anda tidak dapat melakukan langkah demi langkah yang saya sarankan di atas kerana kondisi emosi yang belum stabil, adalah lebih baik anda menyerahkan tugas menjaga anak tersebut kepada pasangan atau mereka yang lebih arif dalam menyelesaikan keperluan anak-anak. Tujuan pengasingan ini adalah untuk memberi ruang kepada anda untuk bertenang dan mengelakkan tindakan yang kurang waras terhadap anak seperti Bayi kerap menangis koma dibaling bapa.
Dalam kesabaran, anda akan menemui banyak hikmah di atas segala kesulitan dan kepayahan yang anda lalui. Maka, mohonlah kepada Allah agar anda dicucuri kesabaran yang teramat banyak terutama dalam mendidik anak-anak.

sumber// portal anakku sayang...

4 ulasan:

ieda berkata...

thanx for the gud tips akak :))

shahliza94 berkata...

wc.. sharing is caring.

Izza Mohamed berkata...

wahhh baca tips ni buat aku jd tak sabar la jugak nk dgr umah meriah baby nangis :)

shahliza94 berkata...

amiin.. aku doakan semoga ko akan menjangkitiku dalam masa terdekat ni...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin