14 Mac, 2011

Botol Susu Bayi BPA Diharamkan......


PC atau polycarbonate ini dibuat daripada sejenis kompaun organic polycarbonate resins yang boleh merembeskan bahan toxic iaitu Bisphenol A atau nama glamornya BPA. BPA boleh meresap ke dalam air minuman dengan kewujudan haba atau agen pencuci.
Kesan BPA terhadap bayi dan kanak – kanak paling dibimbangkan kerana boleh mengakibatkan kecacatan otak dan membantut tumbesaran. Ia juga dipercayai boleh menyebabkan breast kanser dan prostat kanser.

Berikut adalah kesan buruk BPA:

  • Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
  • Masalah kegemukan atau obesiti
  • Kecacatan pada bayi baru lahir
  • Menambahkan risiko kematian bayi
  • Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
  • Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
  • Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif


Sila check label botol anda. No. 7 menunjukkan ianya mengandungi BPA!


PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi ”Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat digunakan golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

“Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ‘bisphenol A’ ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar,” katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. – Bernama

sumber info: myMetro


info dipetik dari blog Rosalik



notaku: kenapa nak tunggu sampai setahun? ada berlambak2 botol susu jenis ni di pasaran.....

6 ulasan:

ibu addin dan nasa berkata...

Salam Kak Liza

Selalu baca tapi tak komen...heheheh. Pasal botol BPA tu, bagus selalu ada iklan kat TV atau suratkhabar supaya orang ramai alert kan?

Mama Syadiyah berkata...

Salam.. kalau tak silap beberapa tahun dahulu produk Avent pun kena tempias. Patutnya kena buat tindakan pantas dan drastik.

shahliza94 berkata...

wasalam n, mmg akak tau n selalu datang sebab kalau check lokasi pengunjung paling kerap dari blog anakku wira.... hehehe...

betul tu, kita semua cepat lupa. bila keadaan dah reda mulalah buat x tau balik.. apapun susu ibu juga terbaikkk.. tak payah nak fikir pasal BPA.

shahliza94 berkata...

wasalam ifah..... aku ada tanya en.somi, kenapa lambat sangat nak take action sampai kena tunggu setahun, menurut kata beliau..(entah ya entah x jawapan tu..) "kena tunggu pengesahan dari badan2 berkaitan macam WHO, kalau terus2 amik tindakan tanpa sebarang pengesahan kot2 kena saman ngan company botol susu tu lagi naya..." hehehe...... ntahlah.. aku pun x tau!

ieda berkata...

thanx 4 the info kak :)

shahliza94 berkata...

sama2 ieda....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin