

DALLAS: Bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush memberitahu, beliau mengucapkan tahniah kepada Presiden Barrack Obama selepas mendengar berita kematian Osama Bin Laden.
Dalam kenyataannya pada malam Ahad, Bush berkata, Obama telah menghubunginya untuk memaklumkan bahawa pasukan tentera AS telah membunuh Osama.
Bush berkata:”Ini adalah pencapaian yang menandakan kemenangan buat AS, buat semua yang mencari keamanan di serata dunia dan buat semua yang kehilangan orang tersayang pada 11 September 2001.”
Beliau juga berkata, AS telah menghantar mesej yang jelas, iaitu ‘tidak kira berapa lama masa yang diperlukan, keadilan akan tetap berlaku.” -AP
KENYATAAN OBAMA:
Kejayaan membunuh Osama dijangka mencerahkan peluang Obama dalam pemilihan presiden tahun depan, selepas Presiden George W Bush yang memulakan peperangan terhadap keganasan kira-kira 10 tahun lalu, gagal menawan atau membunuh pemimpin Al-Qaeda itu. Ketika mengumumkan kejayaan itu, Obama mengelak nada yang mendabik dada. "Malam ini saya boleh melaporkan kepada warga Amerika dan kepada dunia bahawa Amerika Syarikat sudah melancar operasi yang membunuh pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden, pengganas yang bertanggungjawab terhadap kematian beribu-ribu mangsa lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah.”
p/s: entah yer entah tidak ...... layankan ajer. cepatnya dapat keputusan ujian DNA beliau..
sumber: mStar online
3 comments:
hurrmm.. xtaw la apa la taktik kotor orang2 kafir ni kpad umt Islam..
mereka tidak akan berhenti membunuh dan menyerang negara2 islam serta umat nya....
Makin merosakkan ada lah..bukan bertambah aman ni,,,takut sungguh dunia hari ni.
Catat Ulasan