14 Julai, 2011

RANIA QAISARA BINTI AHMAD SHAH.....

pada 9 julai 2011 jam 10 am, baby mengeras semakin kuat.
terus ajak en.shah ke hospital. tapi en.shah sempat pulak request nak singgah
sutera mall kejap sebab babycot belum ada tilam dan bantal. aisey.
ikutkan jugalah walaupun terasa sakit sambil berdoa mudah2an sempat tiba ke
hospital. lepas beli tilam dan bantal untuk babycot terus zoom ke hospital kulai.
(memang biasa bersalin kat sana..) sampai je en.shah terus register
sementara liza masuk bilik saringan.. bila check baru buka 2cm.
terus masuk ward.


liza minta en.shah balik rumah dulu uruskan anak-anak..
sebab maybe bersalin malam atau subuh...
akhirnya sampai ke malam masih 2cm. huhuu.... sakit pun langsung
dah tak rasa. esok tengahari minta kat doktor untuk balik ke rumah.
macam2 syarat doktor tu bagi sebab jalan dah buka 2cm..
bukan apa, nak balik sebab memikirkan baju sekolah anak2 dan baju kerja
en.shah tak bergosok lagi...
10 julai 2011 jam 12.30 tengahari balik ke rumah tanpa baby..
orang lain keluar hospital semua bawa baby. hehehe.. sabo liza..

11 julai 2011 jam 4 am, terasa makin kuat pula baby mengeras.
makin lama makin kuat. selang 5 minit sekali. tanpa berlengah terus
kejut en. shah minta hantar ke hospital. mujur subuh2 jalan lengang dan bolehlah memecut agak laju. hehehe... sampai hospital jam 5.00 am terus masuk bilik saringan, jalan dah buka 7cm.
tak sempat masuk ward, jam 6.25 am baby dah lahir... tag pun belom sempat pakai.
nasib baik sempat sampai hospital dan mujur tiada mall yang buka waktu tu.
kalau tak en. shah mesti ajak shopping lagi last minute.... huhuhu

alhamdulillah, masa nurse tunjuk baby dan confirmkan jantina baby
liza dah tersenyum lebar... insyirah dah ada kawan!
taklah dia sunyi sangat main sorang2....
nama RANIA QAISARA ni dah lama liza fikirkan.
tunggu masa je. nama untuk baby boy langsung tak terfikir...
hehehe.... rania lahir pun taklah besar or kecil sangat.. 2.91 kg.
cantiklah tu....

kat bawah ni pic rania masa kat hospital dan masuk hari ni dah 4 hari usianya....
layan jelah yer...




2 ulasan:

ieda berkata...

salam kak .. lamanya ieda x mai .. alhamdulillah dah bersalin akak ye , selamat dtg rania qaisara .. sedap nama tuu

Mrjackz berkata...

TAHNIAH KAK LIZ...DPT GUL SOWANG LAGI..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin