03 Januari, 2012

TRAGEDI 1 JANUARI 2012....


Memandangkan hari sabtu en.shah kene outstation ke ayer hitam dan hari isnin ke kluang, kami mengambil keputusan untuk membeli keperluan sekolah anak-anak pada hari Ahad 1/1/2012. 
Mula-mula ke Sutera Mall, tapi tak banyak pilihan beg dan kasut memandangkan
kasut yang anak-anak nak hanya ada di Tesco dan Giant saja.
Kemudian kami ke Jusco Bukit Indah.sedang kami memilih beg dan alat tulis untuk anak2,
tiba2 baru perasan DANISH HILANG!!!! minta insyirah dan muhammad tunggu di 
bahagian mainan, liza dan en. shah pun berpecah mencari danish namun tak jumpa.
masa tu kami di tingkat 3. Puas juga pusing kat tingkat 3 tu sebab memang
yakin danish tak berani pergi jauh. Muka punyalah pucat dan rasa nak nangis pun ada.
kejap2 en. shah call dah jumpa ke belum? huhuhu...
bila liza ternampak security guard terus liza tanya dia ada tak nampak sorang budak bla..bla..bla..
guard tu terus tanya ke kaunter information guna walkie talkie..risaunya ALLAH je yang tau.
"maaflah kak, takde pulak berita ada budak hilang..." hampanya rasa hati..

Tiba-tiba terdengar pengumuman sesiapa yang kehilangan anak lelaki berumur 5 tahun bla..bla..bla, terus security guard tu tanyakan warna baju dan cap yg danish pakai. lepas confirm tu danish, en. shah
pun turun ke ground floor untuk ambil danish. GROUND FLOOR???? 
liza tertanya2 macamana danish boleh sampai bawah? 
kemudian liza patah balik ke tempat insyirah dan muhammad.
mujur rania yg tak merengek dalam baby carrier...

Rasa lega sungguh bila nampak en.shah datang ke arah kami sambil memimpin tangan danish.
kata en. shah, ada sorang security guard jumpa danish merayau sorang2 menuju ke arah parking.
mak ooiii... danih keluar dari jusco? menuju ke parking?? ngerinya dengar.
syukur alhamdulillah sebab doa kami dimakbulkan ALLAH... kalaulah danish
dijumpai oleh mereka2 yg tak sepatutnya lagilah ngeri... serik..serik...
masa tu tak guna tanya macam2 soalan kat danish sebab dia masih terkejut.

semalam liza cuba mintak danish ceritakan semula macamana dia boleh
sampai bawah. kata danish dia cari kami tapi tak jumpa. (aik, dia yg tinggalkan kami)
sebab tu bila lif terbuka dia masuk. "danish nak cari ummi kat kedai handbag ummi,
danish nak cari ayah kat kedai baju ayah, tapi tak jumpa. kedai tu pun danish tak jumpa.."
kedai yang dimaksudkan tu ialah PADINI. sebab biasa mmg kami ke kedai tu kalau gi jusco,
"lepas tu danish cari ummi ngan ayah kat luarlah.." ya ALLAH, anak...anak...
inilah pengalaman pertama dan mudah2an yang terakhir. tak sanggup rasanya
walaupun cuma 2 jam...

sebelum ni sibuk dok nasihatkan kawan2 yg pernah hilang anak kat mall.
berbuih2 mulut nasihat.. tup2 kene batang hidung sendiri.
baru tau langit tinggi rendah...

keluar dari jusco, singgah ke mydin. beli barang keperluan dapur pulak...
terdengar juga pengumuman tentang kanak2 hilang. check2 anak cukup.. lega..
keluar mydin singgah giant tampoi... memang all out sehari ni... kat giant pun 
dengar juga pengumuman kanak2 yg hilang. semuanya budak lelaki..
spesis danishlah tu... suka jalan ikut kaki sendiri...
apapun, ianya liza jadikan pengajaran supaya lebih berhati2 lepas ni..
SYUKUR ALHAMDULILLAH..... 


4 ulasan:

Rian Aznani berkata...

Alhamdulillah jumpa balik. Selalunya anak-anak yang hilang di pasaraya adalah yang berumur 4-6 tahun kerana pada umur ini mereka sudah mula teruja untuk meneroka secara sendiri.

shahliza94 berkata...

betul tu ian, susan ada gak gitau ash pun lebih kurang camtu.. suka menonong jer kalau jalan..

Hebat Sungguh berkata...

singgah malam

prog muten berkata...

rm1/pc strip test upt pregnancy dan rm1.2/pc opk kesuburan
email;zoolee84@gmail.com
blogshop; http://tester-kesuburan-pregnancy-murah.blogspot.com/
TERMOMETER DIGITAL MURAH berharga rm20.00(harga luar mahal)
http://termometer-digital-suhu-badan-bbt.blogspot.com/
sms:puan nor 0122723104

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin