Susahnya bila nak berbuat baik…

Sekadar perbandingan, mana senang nak cari kawan…pergi ke qiamulail atau pergi ke pub?

aku rasa tak payah pening nak fikir, dah tentu jawapannya pergi ke pub, apatah lagi kalau semuanya ditanggung beres dah tentu ramai kawan yang nak ikut

sedangkan pahala dan ganjaran dah tentu melimpah ruah kalau pergi ke qiamulail tapi hehehe, aku berani kerat jari, kalau sepuluh yang diajak, sorang belum tentu mau follow

aku buat entry ni bukan nak tunjuk baik, jauh sekali nak tunjuk alim, tetapi aku menulisnya bagi mengenangkan kesusahan dan kegetiran yang terpaksa kami lalui bila hendak membawa keluar anak-anak Melayu HIV+ yang mendapatkan perlindungan dari gereja,

terus terang cakap, banyak betul halangannya

yang ‘menarik’ tu, halangan tersebut bukan datang dari pihak gereja, tetapi dari masyarakat Islam sendiri

jangan kata nak minta dana, baru cakap pasal HIV pun masing-masing dah mencebik

betul lah kata orang, bila nak buat baik ni ada saja ‘pancarobanya’

IMG_8933

apapun kami berterima kasih kepada Hospital KPJ Selangor (dulu Shah Alam Medical Centre) kerana secara dasarnya, bersetuju menyumbangkan tak silap aku 10 katil hospital yang berharga RM2,000 sebuah

begitu juga seorang hamba Allah yang bersetuju menyewakan rumah berkembarnya untuk dijadikan rumah penjagaan buat saudara-saudara kita yang HIV+ ini

untuk pengetahuan korang, punyalah seksa nak cari rumah sewa untuk tujuan ini, tak kata merekalah, mana ada orang nak berjiran dengan pesakit HIV, apatah lagi nak menyewakan rumah mereka untuk golongan tersebut

syabas kepada Yayasan Al-Ijabah dan Ustaz Mohamad

namun dalam dunia yang serba serbi memerlukan duit ini, yayasan masih kekurangan dana…nak upah nurse kena pakai duit, nak beli ubat kena pakai duit, nak beli beras kena pakai duit, bil api, bil air, bil Indah Water, yang itu, yang ini, aduuuuhhhh

pun begitu, aku percaya, pasti akan ada SINAR di hujung episod ini, InsyaAllah












kisah menyayat hati ini dipetik dari emel...





"ustaz, boleh tak sampaikan sedikit kuliah dalam 10 minit untuk saudara-saudara kita di sini"
minta kak Liza.
mmm....eeee, kita taaruf dahululah ye, nama saya......
inilah kali pertama dalam hidup saya, sejak bergelar ustaz tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan.

Hari ini 23 Jun jam 12.30 tengah hari, saya bersama pesakit HIV positif.
Padahal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan ubat. Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustaz datang melawat mereka. Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana mereka pesakit HIV. Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini ialah di dalam sebuah gereja.

Tetapi inilah hakikatnya, tempat perlindungan pesakit HIV bagi orang dewasa adalah di gereja. Orang bukan islam yang menaungi mereka, dan sudah beberapa yang mati di sini. menurut kak liza, bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindungan yang dibuat oleh orang islam.

Majlis Agama Islam Selangor pernah bercadang untuk membuatnya, tetapi hingga sekarang belum menunjukkan apa-apa perkembangan.
saya malu pada diri saya saat ini. seolah-olah, saya diberitahu "apalah kamu orang islam ni, cakap aje pandai, saudara seislam yang sakit pun tidak dihiraukan"

selesai taaruf, salah seorang dari mereka memberitahu, "imam masjid sebelah selalu datang". hati saya menyapa: kenapa tidak dibuat di masjid sahaja tempat perlindungan ini, bukannya tak ada tanah...
"pihak MAIS ada jugalah jenguk kami, tapi jarang-jarang. dalam sebulan sekalilah." hati saya menyapa lagi:
kena sampaikan ni kepada sahabat-sahabat saya dari MAIS. kena buat sesuatu."

saya masih kelu dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. tajuk apa yang saya nak sampaikan? Tajuk Ukhuwah? Tajuk berkasih sayang sesama islam? Tajuk "semua perkara ada hikmah"? Tajuk apa? Tajuk apa yang sesuai?
"Aduhai Tuhan..kenapa aku di sini hari ini...?" rintih hati saya atau lebih tepat:
"kenapa sekarang baru dapat tahu, kenapa tidak peka, kenapa tidak dari dulu aku datang menjenguk sahabat-sahabat seIslam di sini..?"

akhirnya saya menyampaikan sedikit tazkirah, tak sampai dua minit. saya hanya membicarakan mengenai kasih sayang Allah pada manusia. semakin banyak mulut saya berbicara, semakin banyak hati saya berkata:
"Ah pandai cakap aje, apa yang kamu buat hah...? Tazkirah di akhiri dengan sedikit ucapan dari kak liza.

Majlis berakhir dengan bersalaman. salah seorang penghuni, dengan suara yang rendah, berkata pada saya: "ustaz, terima kasih sebab datang ye..."
nak menitik airmata saya melihat mereka. dari mata mereka, mereka seolah-olah memberitahu saya, "ustaz..keluarkanlah kami dari gereja ini."

saya melangkah keluar dari dewan kuliah. di sebelahnya terdapat salib.
yang masih boleh berjalan, menghantar saya hingga ke kereta. mereka melambai ke arah kami serombongan sambil berkata: "nanti datang lagi ye..."

van yang kami naiki menuruni cerun kawasan gereja. hati saya tak putus-putus berdoa: "Ya Allah, selamatkanlah iman mereka. Ya Allah, beri kami keampunan. dalam tahun ini insyaAllah, kami akan usaha mengeluarkan mereka dari gereja ini Ya Allah." kami meninggalkan tempat ini. insyaAllah, selepas saya pulang dari Turki nanti minggu depan, kita akan usahakan sesuatu, bisik hati saya.

Pada saya, mewujudkan tempat perlindungan ini dah taraf fardhu ain dah, ini kerana tidak ada lagi tempat perlindungan bagi orang dewasa seperti ini yang dibuat. selagi ada orang islam yang masih duduk di gereja ini, selagi itulah tanggungjawab ini tidak terlepas dari setiap bahu orang islam.

saya menyeru kepada semua pembaca, mari sama-sama kita usahakan. jika ada niat, maka insya Allah, pasti ada jalan. InsyaAllah saya akan mewar-warkan pada
semua jika ia akan dimulakan. insyaAllah dalam tahun ini juga, kita akan usahakan rumah penjagaan bagi orang islam. semoga sedikit niat ini mendapat bantuan Ilahi..amin...

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

P/S: bersamalah kita mendoakan..semoga niat dan usaha ustaz ini akan membuahkan hasil. amiin....










mmm...nampaknya hp liza dah putus nyawa, so sehingga mendapat sponsor
hp baru, harus liza update blog tanpa pic. hehehe

tahniah liza ucapkan kepada my beloved en.shah kerana
memulakan tugas baru dengan jawatan yang baru di tempat
kerja yang baru.
alhamdulillah selepas beliau memperolehi MIA nya, tawaran diterima mencurah-curah.
baru sahaja kami berbincang untuk menghantar resume ke
mana-mana 'big size' audit firm. tetapi alhamdulillah..
sebelum sempat membuat resume tawaran telah tiba.
setelah dikaji dengan teliti..akhirnya en.shah telah menerima tawaran
dari sebuah audit firm yang terletak di menara Landmark.
so..keje kat bandorlah yer....

semoga rezeki kami dan anak-anak semakin murah dan bertambah..
amiin...


liza berehat seketika untuk mencari penawar bagi memulihkan ketenatan blog ini...
my blog is dying.....


update: blog dah hampir siap. kepada teman-teman yang liza terlupa bubuh link anda,
sila tinggalkan jejak yer...kebanyakan link x dapat dikesan.
terima kasih...



Comeynya dia.......



kucing belaan : Alaf21.com.my



Lihatlah keindahan alam
ciptaan ALLAH Al-Musyawwir…
jauh lebih indah dari lukisan
lakaran manusia di kanvas…

“Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya
gunung-gunung yang kokoh dan Kami tumbuhkan padanya
segala macam tanaman yang indah dipandang mata.”

~ Surah Qaf : 7




nampaknya blog ini masih memerlukan rawatan susulan. posting yang bertindih itu, abaikan dulu....buat tak nampak je yer.... liza masih operate blog ini agar menjadi seperti sediakala. 'badi' scrappinblog telah dapat dikesan dan telah dibuang sepenuhnya. cuma mengambil sedikit masa lagi... huhuhu... apa-apahal 'contest' kena edit dulu....

p/s: kalau nak baca posting just 'klik' pada tajuk. harap maaf atas kesulitan...



liza nak ucapkan terima kasih buat tempe sebab sudi bersusah payah cuba memperbaiki blog liza sampai badi scrappinblogs tu keluar dari main page. juga atas kesudian tempe mencari template untuk menyahkan 'badi' tersebut. tapi selepas ini liza dah tak boleh guna template untuk blogspot lagi sebab scrappinblog dah jadi 'penunggu' di situ. menunggu masa sahaja nak enterprem kat blog liza. blog ini masih dalam rawatan n belum sihat sepenuhnya.. harap maklum.


setelah beberapa puluh kali percubaan menukar template n godek coding, ternyata
usaha tetap tidak berhasil. kawan-kawan sekelian, nampaknya
liza terpaksa sain mati ngan background ini.

terima kasih diucapkan kepada mereka yg bersusah payah membantu
tanpa rasa jemu tak kiralah melalui komen
mahupun YM dan emel.
segala jasa kalian amatlah liza hargai.

keikhlasan dan kesabaran kalian tidak ternilai...
ya kawan-kawanku...
inilah background blog liza....
tak dapat nak ubah dah...
kepada sesiapa yg punya tabiat menukar2 background, berhati-hatilah yer....
jangan jadi seperti blog ini...

huwaaaa..........


maaf yer...tajuk agak saspen...
sebenarnya liza nak maklumbalas dari uols tentang blog ni. samada cepat/sederhana/lambat loadingnya.... baru dapat komplen dari seorang teman bahawa blog liza lambat loading n backgroundnya tak keluar. pastu backgroundnya bertindih.... dan tolong bagitau
background kaler apa yang uols nampak.....
tolong eh..... harap dapat beri kerjasama....terima kasih..

update:
menurut cik chokilala, kod scrappinblog masih
ada pada source code.
ada tak sesaper leh tolong deletekan scrappinblogs dari
source code? liza cari tapi x jumpa.
main post nampak background scrappinblogs n lambat giler loading.
single post nampak background asal n loading cam biasa...
sifu-sifu sekelian, tolonglah sumbangkan kepakaran anda.....
buntu pala otak.... beliau nak tolong liza tetapi disebabkan matanya
yang mengantuk dan ada kelas pagi ni tak dapeklah beliau nak membantu.
apa taknya, liza YM beliau jam 3 am. nampak sangatlah
kepala tengah berserabut memikirkannya sampai
liza x lena tidur.

sesaper yang boleh tolong....jutaan terima kasih di ucapkan...

yang mengharap,
shahliza94


PENGAJARAN dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) telah pun dibuat keputusan tentangnya. Ramai yang bersetuju, dan tidak kurang juga yang terkilan.

Mereka yang bersetuju mengatakan ramai yang tidak mengikuti pembelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris kerana guru-guru mereka tidak fasih berbahasa Inggeris. Oleh itu ramai yang akan ketinggalan kerana tidak dapat menguasai ilmu tersebut dalam bahasa Inggeris.

Ramai juga yang mengatakan langkah menggunakan bahasa Inggeris untuk Matematik dan Sains suatu tamparan kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu. Malangnya keputusan beralih balik kepada bahasa Melayu hanyalah untuk sekolah kebangsaan. Untuk sekolah Cina dan Tamil mereka menggunakan bahasa masing-masing. Kenapa begitu ya?

Kalau kita lihat akhir-akhir ini, ramai kalangan siswazah universiti tempatan yang menganggur. Mengikut kajian daripada Unit Perancang Ekonomi selain daripada tidak mempunyai keyakinan diri, kebanyakan mereka yang menganggur tidak mampu berkomunikasi sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu dengan baik.

Pengetahuan am mereka juga rendah. Setiap tahun kita akan berdepan dengan siswazah yang keluar daripada 20 universiti tempatan dan mereka yang lemah dalam bahasa Inggeris tidak akan terpilih oleh sektor swasta.

Malahan mereka yang lulus pun mempunyai masalah. Seorang peguam yang memiliki syarikat guaman sendiri begitu kecewa dengan beberapa orang siswazah undang-undang yang diambilnya. Mereka tidak mampu pun mengarang satu surat yang mudah untuk berhubung dengan pelanggan. Akhirnya mereka terpaksa diberikan tugas mengutip hutang. Itu siswazah undang-undang!

Saya bukanlah hendak memperlekehkan bahasa ibunda saya sendiri tetapi ramai yang bersetuju dengan saya jika saya katakan sistem pembelajaran dulu-dulu jauh lebih baik daripada sekarang.

Rasa saya, bahasa Melayu tidak terkorban bila saya menggunakan bahasa Inggeris. Mungkin tidaklah sama dengan standard pakar bahasa tetapi kalau dah sampai orang tak faham nak buat apa.

Kalau tok nenek kita dulu tak payah pergi universiti sudah boleh menjadi pentadbir awam yang baik. Hari ini pelajar universiti kita, bagi dia kerja dalam bahasa Inggeris tapi dia jawab dalam bahasa Melayu. Kerana apa? Kerana penguasaan bahasa Inggeris mereka lemah.

Adakah penguasaan bahasa Melayu mereka baik? Tidak juga. Ada juga yang menggunakan bahasa SMS.

Kelemahan penggunaan bahasa Inggeris ini dapat dilihat dalam surat-surat rasmi kementerian, di kepala surat mereka sendiri penuh dengan ejaan perkataan Inggeris yang salah!

Bagaimana pula agaknya dengan pegawai-pegawai kita yang menghadiri persidangan antarabangsa di luar negara? Atau para diplomat kita yang sentiasa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris? Ada tak kualiti semacam Allahyarham Tan Sri Zain Azraai dulu?

Seorang diplomat terkenal kita pernah memberikan pandangan betapa teruknya keadaan sekarang sehinggakan mendapat respons daripada Perdana Menteri.

Semoga dengan adanya usaha untuk menambah guru bahasa Inggeris, menambah masa pengajaran bahasa Inggeris dapatlah ditingkatkan penguasaan bahasa Inggeris anak-anak kita.

Menggunakan bahasa Inggeris bukan maknanya kita berkiblatkan negara Britain dan bukan menjatuhkan martabatkan bahasa Melayu.

Yang menjatuhkan martabat bahasa Melayu ialah mereka seperti ejen pengiklanan yang menggunakan bahasa Melayu sesuka hati mereka dengan tidak langsung menghormati bahasa tersebut.

Yang menjatuhkan martabat bahasa Melayu ialah mereka yang bercakap bahasa Melayu dicampuradukkan dengan bahasa lain.

Yang menjatuhkan martabat bahasa Melayu ialah surat yang ditulis oleh badan-badan kerajaan atau pihak berkuasa dalam bahasa Melayu kepada pelanggan yang terpaksa diterjemahkan kepada bahasa Inggeris kerana mereka tidak peduli untuk memahami bahasa Melayu.

Ramai orang yang boleh fasih bahasa Inggeris dan lancar menulis dan bercakap dalam bahasa Melayu. Datuk Seri Dr. Rais Yatim salah seorang daripadanya, Datuk Seri Ong Tee Keat, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon semuanya fasih dalam kedua-dua bahasa. Di mana mereka belajar dulu.

Macam mana guru dulu dengan guru sekarang. Guru dulu boleh pukul anak murid. Balik rumah emak bapak pukul lagi kalau dapat tahu. Sekarang guru jentik sikit, emak bapak saman guru.

Guru dulu penuh integriti, tujuan untuk kejayaan murid. Guru sekarang ada yang mencabul kehormatan murid, hisap dadah. Itu tak masuk apa yang mereka pelajari.

Kalau yang mengajar bahasa Inggeris dibetulkan bahasanya oleh anak murid, apa nak jadi!

Kita cuma ada 11 tahun lagi untuk menjadi negara perindustrian sepenuhnya. Bukan satu jangka masa yang lama.

Perkara penting yang bakal meletakkan kita dalam kedudukan tersebut ialah modal insan kita. Kalau ada pelajar universiti takat boleh muntahkan apa yang pensyarah beri saja dan tidak mampu berfikir, modal insan begini tidak akan dapat membantu membangunkan negara kita.

Penulis:

DATO' SALLEH MAJID

bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

sumber: utusan malaysia

p/s: agak tertarik untuk berkongsi artikel ini bersama teman2 blogger...




1.Anda cuma perlu ceritakan pengalaman anda semasa melahirkan anak sulung anda. Buatkan satu post khas mengenainya dan tidak kurang dari 48 patah perkataan.

2.Ceritakan tentang hadiah ini di blog anda,

3.Tinggalkan komen di sini beserta dengan link tentang post anda.

mudahkan syarat penyertaan contest ni?

ibu addin dan nasa telah berbesar hati berkongsi kewangian
sabun ini dengan blogger yang lain...
so..jomlah join....!

pengalaman bersalin anak sulung merupakan sesuatu yang amat berharga bagi ibu baru yang langsung tak tahu apa-apa. begitu juga dengan pengalaman liza disaat melahirkan insyirah...
semasa mengandungkan insyirah, liza masih bertugas sebagai guru. 23 Julai2003 sehari sebelum melahirkan, liza mengajar seperti biasa, lebih kurang jam 1 am, 24 julai perut rasa memulas-mulas. sakit pinggang selang 5 minit sekali. ke bilik air entah berapa kali. nak kejut en.shah, tak confirm lagi betul ke dah nak bersalin.

akhirnya jam 5 am liza terus call mak bagitahu keadaan liza masa tu..aduh..bayangkan 4 jam menahan sakit. mak suruh kejut en.shah sebab itu tanda-tanda nak bersalin. en.shah terkejut sebab awal sangat. due date bulan Ogos. tapi setelah didesak barulah dia bersiap..issy..memang panik dibuatnya. mak liza pun datang sebab nak temankan liza ke hospital. cucu sulunglah katakan...

en.shah tanya nak bersalin kat mana? liza memang taknak pergi ke GH melainkan terpaksa. mujurlah GL/LG dah mohon awal2..tapi kalau swasta, memang dia tak pandang pun benda alah tu. tetap ribu riban. en.shah drive ke Puteri Spec. Hospital n terus ke kaunter. konon-kononnya nak daftar. bila ditanya nama doktor yang selalu check liza..adus!!! cemaner nak jawab?? sebab tak pernah wat check up kat spital ni. syarat nak bersalin di mana-mana spital swasta mesti kena wat check up kat spital tersebut atleast sekali (kalau tak silaplah..). jangan gelak ye puan-puan... memang tak pernah ambil tahu pun masa tu.
liza selalu wat check up kat klinik kerajaan setiap bulan. dekat ngan rumah. tiba-tiba nak bersalin kat swasta pulak.. en.shah membebel sepanjang jalan..dia kata kalau susah sangat bersalin jer kat GH bla bla bla... bayangkan yer...dahlah sakit, kena bebel pulak. berlipat kali gandalah sakitnya. akhirnya liza mintak en.shah bawa ke rumah bersalin dr.latipah di BBU. nurse dia pun bagi alasan yang sama. masa tu jam dah menunjukkan angka 7 am. nak tak nak liza kena tunggu dr. latipah sampai. nurse tu kata lagi 1 jam so en.shah ajak liza dan mak bersarapan di restoran berdekatan.

bayangkan lagi...tengah sakit pinggang selang 5 minit tu..manalah ada selera nak makan. tenung ajelah sarapan depan mata. en.shah bla..bla..bla.. lagi sebab liza tak makan. nanti takde tenaga katanya.... nak taknak telanlah sesuap dua. tepat jam 9 am, dr. pun sampai dan liza menjadi patient pertama datang check up hari tu..apa taknya, tunggu depan pintu klinik. kata dr. jalan dah buka 3 cm. dia tanya liza nak bersalin kat mana? liza jawab kat sini. dr. pun arahkan nurse bawa liza ke ward. dalam tu ada 2 patient jer termasuk liza. dalam keadaan kelam kabut tu, rupa-rupanya liza datang sehelai sepinggang. terpaksa en.shah bawa mak liza balik untuk ambil kain batik dan kelengkapan bersalin. mujurlah liza dah siapkan 2 beg seminggu sebelum tu.. satu beg untuk liza, dan satu beg untuk baby. huhu...macam nak balik kampungkan..?
satu lagi tentang air selusuh...menurut ustaz kat skolah liza, air selusuh lebih afdal kalau suami yang buat dan dia ada bagi cara2nya. liza dah ingatkan en.shah bulan lepas lagi pasal air selusuh ni. tapi dia dok delay jer. last-last air selusuh dia buat kat spital. semuanya last minit. masa tu macam-macam rasa ada....cemas..seram...sakit....takut...

kaki pun naik kebas. liza minta en.shah urut kaki liza. tapi bayangkan.... tengah macam tu, en.shah urut kuat pun liza tak rasa. sampai naik lenguh tangan dia. pastu dia mintak tolong mak liza urut sebelah kanan, dia sebelah kiri. jam 4 pm liza dimasukkan ke labour room. bila jalan dah buka sepenuhnya barulah nurse panggil en.shah masuk temankan liza. ler...tak boleh pakai barang kemas ker? langsung tak tau...nurse bukak satu-satu termasuk jam tangan liza. tepat jam 4.30 pm.., sayup-sayup kedengaran laungan azan asar dari masjid berdekatan. dengan 3 kali push, lahirlah seorang bayi perempuan yang sihat dan comel seberat 3.2 kg. dengar sahaja tangisannya, segala kesakitan terus hilang dan rasa lega serta bersyukur yang amat sangat.... bayi itu kami namakan Rabiatul Insyirah.....






terima kasih kepada Bie Azreena sebab sudi bagi
ketiga-tiga award ni kat liza walaupun
baru jer kenal...
sampai 3 pulak tu....
semoga ukhuwah kita berpanjangan......



terima kasih daun keladi yer....



Blog Widget by LinkWithin