30 April, 2008



TAMAN PERCINTAAN.....

Di taman percintaan yang murni,
sememangnya telah ditentukan,
hidup tidak lari dari penggantian musim;
katamu...tidak perlu engkau
bimbangkan musim gugur...isteriku,
kerana pada setiap musim luruh,
kita setia mengutip bekalan kekuatan
dan semangat untuk menghadapi musim dingin.

benarlah suamiku,
kerana kekuatan dan kesabaran
yang saling kita miliki,
dapat kita hirup segar mentari musim panas
dan wangi musim bunga,
aromanya mengunjungi segenap rongga jiwa.

kerana kita setia berkasihan
dt taman percintaan ini,
aku cukup senang dengan bunga-bunga
yang mengelopak indah,
ceria berwarna-warni
di celah hijau daun yang segar,
rama-rama dan unggas yang singgah
memeriahkan suasana kehidupan...
ah...alangkah berseri kerana
taman percintaan ini telah melahirkan waris perkasihan
yang lincah dan mengerti,

Lalu...seperti yang kau bisikkan padaku,
anak-anak jangan dibiarkan terlalu gembira
berjemur di musim panas,
jangan terlalu alpa terpesona
dengan aroma dan warna musim bunga,
kerana engkau perlu persiapkan diri
menghadapi musim luruh,
mengutip bekalan yang bukan sedikit
untuk dicabar musim dingin
agar nanti tidak kesejukan
bila nanti panas berganti musim,
engkau dapat gah berdiri
merentang angin.

Suamiku, waris percintaan kita
barangkali cukup mengerti
bahawa mereka hidup dengan
nafas anugerah Ilahi
di taman percintaan yang murni.
kerana indah dan berseri
barangkali akan diberkati
Allah Yang Maha Suci.

Kerana aku telah kau pilih
lalu engkau setia kukasih.....


Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin