15 Mei, 2008

16 Mei Dalam Kenangan......



Terima kasih guru (MIRWANA)

Masih…jelas diminda…
Bisikan suaramu memanggil…
Di situ langkahku bermula…
Mengejari cita kau di sisi….
Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih…

C/O: Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Ku menghargai setulus jiwaku…
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya…

Guru… ibarat pelita…
Sentiasa menyinar kamar hidupku…
Guru…kau pewaris ilmu…
Mendidik diriku…hingga ku berjaya.. ..
Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih…

C/O:

Andai diberi peluang
Inginku terbang tinggi di awangan…
Kan ku petik bintang-bintang…
Ku jadikan hadiah untukmu…
Moga Tuhan merahmatimu…
Terima kasih…

C/O:





















16 Mei datang lagi... Masuk tahun ni dah 5 tahun aku tak meraikannya. " Selamat Hari Guru " buat Bekas guru-guruku serta rakan seperjuanganku dahulu. Teruskan usaha kalian dalam memartabatkan dunia pendidikan.Semoga jasa dan usaha kalian dalam membentuk insan berguna mendapat keberkatan di dunia dan akhirat..Amin.

Masih tebal dalam ingatan sambutan hari guru yang diadakan di sekolahku dahulu. Bermula tahun 1994 tahun permulaan aku bergelar guru sehinggalah tahun terakhir aku meraikannya yaitu 16 Mei 2003. Pelbagai hadiah pemberian anak-anak muridku yang kuterima pada tarikh tersebut. Antara hadiah yang paling kerap aku dapat ialah tudung, kain ela,tuala, pen holder, frame dan yang paling banyak sekali ialah bunga. Terima kasih atas ingatan kalian..

Pada sambutan hari guru bermacam acara dan pertandingan yang dianjurkan oleh murid-murid untuk guru. Acara dikelolakan oleh Badan Pengawas. Antara acaranya ialah rebut kerusi ( betul ke nama dia? ), menyolek pelajar ( huh..mujur dalam handbag ade make-up), Pecahkan belon, anyam ketupat (walau bukan musimnya),dan banyak lagi acara yang disediakan. Seronoknya masa tu...apa taknya dari awal hingga akhir majlis murid-murid yang handle. cikgu jadi VIP pada hari tu. Masa penyampaian hadiah kepada semua guru-guru yang paling aku tak boleh lupa sekali. Setiap guru yang dipersilakan mengambil hadiah disebut nama beserta gelaran sekali. Contohnya guru paling garang, guru paling serius, guru paling lawak, guru paling sporting, guru paling cantik dan macam-macam lagi. Ketua pengawaslah yang punye kerja tu.. Gelaran aku..?
mmm...aku sorang je yang takde "PALING". yaitu...dipersilakan cikgu...bla..bla..bla...guru yang mukenya ala-ala mek saleh...huh..Tergezut aku. pastu melekatlah nama "CIKGU MEK SALEH" kat aku sampai aku pernah terdengar murid2 cakap cikgu mek saleh datang..cikgu mek saleh datang.. masa aku lalu depan kelas diaorang. Entahlah..tang mananya yang sama aku pun konfius. Tapi kenangan tu membuat aku tersenyum sendiri...


Kini 16 Mei datang lagi. Aku saja je nak berkongsi pengalaman semasa aku mengajar dulu dengan kawan-kawan aku. Banyak dugaan dan cabaran yang guru hadapi dalam tugas seharian. Kepada Bekas guru-guruku... terima kasih atas daya usahamu mendidik dan mencurahkan ilmu tanpa rasa jemu. GURU UMPAMA LILIN YANG MEMBAKAR DIRI DEMI MENERANGI KEHIDUPAN INSAN LAIN.



4 ulasan:

A. E. berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
shahliza94 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
shahliza94 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
shahliza94 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin