19 Mei, 2008

Cuti Hari Wesak....










Hari ni hubby aku cuti, jadi kami bercadang nak bawa anak-anak mandi-manda di Hutan BandarTasek Utara, Johor Bahru. Ramai sungguh pengunjung yang membawa keluarga beriadah di sini. Tak kiralah samada yang bawa anak-anak mandi-manda ataupun berjogging. Apa yang kelakarnya..orang lain anak mereka mandi dengan boya saiz biasa ataupun kecil. Tapi hubby aku punyalah excited pi bawak boya besar.....sebesar tilam saiz single. sebenarnya memang tilam pun, tilam angin. Siap bawak pamnya sekali. Bayangkanlah..aku terkekek-kekek ketawa masa dia dok pam boya untuk anak-anak aku.ekekekek.... Bukan anak aku sahaja yang naik atas tilam tu, entah anak sapa-sapa pun turut tumpang boya anak aku. Al-maklumlah..boya sebesar tilam... sekali pandang macam bot penambang daa. seronoklah bebudak tu naik boya besar. Insyirah lak dah pandai berkawan. Mamat takut-takut lagi. Danish lak tak padan kecik, suruh naik taknak.Nak berendam lelama. Aku bimbang nanti dia selsema. Punyalah seronok dia berendam sampai aku angkat dia naik menjerit-jerit dia tak mahu. sampai pukul 4.00 petang gak anak-anak aku berendam. Seronok pulak hati bila tengok anak-anak gembira. Itulah kebahagiaan sebenar bagi aku dan suami kerana mereka adalah permata dan harta yang tidak ternilai......

2 ulasan:

RHEA berkata...

whoa.. Kak Liza g Hutan Bandar tak ajak rhea.. majukkk!!!

alisya_izzati berkata...

Wahhh.. gi mandi...

aku pun gi mandi air terjun smlm dgn famili aku...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin